Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Siti Nordiana Pertama Kali Beraya Tanpa Kehadiran Bapa - “Saya Tak Pernah Lalui Ramadan & Raya Tanpa Ayah”

Izwan Isa
10/04/2024 03:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana meraikan kedatangan Syawal pada tahun ini buat pertama kalinya tanpa kehadiran bapa di sisi.

Rutin

Menurut penyanyi yang mesra disapa Nana itu, rutin hari raya pada tahun ini sudah tidak sama memandangkan arwah bapanya, Alias Ahmad, gemar mengajaknya beraya di rumah sanak saudara.

“Tahun ini merupakan tahun pertama saya beraya tanpa ayah. Sebenarnya saya tak pernah lalui Ramadan dan raya tanpa ayah. Jadi, saya tak tahu macam mana… Dia maca tak teruja sangat.

“Bezanya ialah rutin yang sering saya buat setiap kali saya pulang ke Sendayan. Selalu bila tiba hari raya, saya akan ikut ke mana sahaja lokasi yang ayah ingin tuju. Setiap tahun, rutin yang sama dan rumah yang sama,” katanya kepada Gempak.

Ziarah

Tambah Nana, dia masih akan berziarah rumah sanak saudara yang sering dikunjungi arwah bapanya. Namun, suasana sudah tidak sama ketika bapanya masih ada.

“Bila kita sudah berusia ni, kita bukanlah nak beriya sangat. Cuma kita nak meraikan tetamu dan kawan-kawan serta saudara mara.

“Ibu saya pula baru sahaja keluar hospital akibat kencing manis. Jadi persiapan raya saya juga terlalu last minute.

“Tambahan pula, saya tidak cuti lama. Maklumlah, konsert saya akan berlangsung tidak lama lagi,” tutup Nana.

Allahyarham Alias meninggal dunia pada 21 Julai 2023 di kediamannya di Felda Sendayan, Negeri Sembilan. Arwah meninggal dunia pada usia 68 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Siti Nordiana Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Nak Kahwin Tapi…” - Tular Sarung Baju Pengantin, Siti Nordiana Mohon Maaf Jika Ada Yang Salah Faham

#Siti Nordiana #Hari Raya #Persiapan #Beraya tanpa ayah
;