,
Laman Utama

Bapa Siti Nordiana Meninggal Dunia

Mya Amri
21/07/2023
06:15 MYT
Bapa kepada penyanyi Siti Nordiana, Alias Ahmad meninggal dunia pada Jumaat.
Berita pemergian bapanya itu dimaklumkan sendiri oleh Siti Nordiana menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam hantaran itu, Siti Nordiana juga memohon semua yang mengenali mendoakan bapanya arwah bapanya.
“Assalamualaikum semua. Ayah Nana yang tercinta Alias bin Ahmad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Mohon semua sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham ayah Nana,” tulisnya.
Dalam pada itu di ruangan komen, rakan selebriti juga turut menzahirkan ucapan takziah.
“Innalillahiwainnailaihirojiun… Salam takziah adikku... Moga Allah tempatkan ayahanda dikalangan hambaNya yang soleh dan beroleh syurga. Amin,” @errafazira
“Salam takziah Nana and family. Al-Fatihah,” @farahdhiyq_fd
“Takziah nana Al fatihah pergi hari baroqah. Alhamdulillah, pengakhiran yang cantik,” @shieraijoy
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Anak Sebak, Bapa Sanggup Derma Buah Pinggang - “Saya Syukur Dapat Peluang Kedua Untuk Hidup Tanpa Dialisis”

gempak
22/11/2024
05:25 MYT
Selepas empat tahun berjuang sebagai pesakit buah pinggang dan menerima rawatan dialisis, seorang doktor akhirnya melahirkan rasa syukur apabila dia kini tidak perlu lagi berbuat demikian serta boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
Hiburan

Pemain Gitar Utama Spider, Napie Meninggal Dunia

gempak
22/11/2024
00:08 MYT
Pemain gitar utama Spider, Hanafi Hamdan atau Napie meninggal dunia selepas lebih empat bulan diserang angin ahmar.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

“Dengan Rasa Amat Sedih, Dimaklumkan Bahawa Bonda Tersayang…” - Ibu Nora Ariffin Meninggal Dunia

gempak
19/11/2024
11:24 MYT
Ibu kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin Datin Hajjah Wan Azizah Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Hiburan

“Nak Jadi Anak Seni Jiwa Kena Kental” - Siti Nordiana Syukur Tak Pernah Dibuli, Artis Lama Lebih Suka Kongsi Ilmu

gempak
18/11/2024
23:55 MYT
Penyanyi dan aktres, Siti Nordiana berpendapat setiap individu yang berkeinginan untuk memasuki dunia seni, mereka seharusnya memiliki jiwa yang kental.
Unitar