Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 43, menginginkan anak perempuannya, Siti Aafiyah, 3, membesar seperti kanak-kanak lain walaupun dia adalah anak selebriti.
Menurut Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin dia masih memberi ruang privasi kepada Aafiyah justeru hanya ada waktu tertentu dia berkongsi telatah puterinya itu di media sosial.
"Sebagai anak seorang selebriti, sudah tentu dapat perhatian. Itu terjadi kepada semua anak selebriti. Ada yang suka tengok keletah Aafiyah..jadi saya akan kongsikan pada waktu tertentu.
"Tapi kalau boleh saya nak dia membesar seperti kanak-kanak lain juga. Tak ada kelebihan apa pun dan berharap sampai ke besar dia tidak mempunyai sikap 'demand'.
"Biarlah dia menjalani kehidupan seperti biasa dan mempunyai kawan. Saya nak dia membesar seperti saya dahulu yang suka main lumpur.
"Cuma bezanya dia anak selebriti, itu saya tak boleh lari dari kenyatan," katanya kepada Gempak.
Siti ditemui ketika majlis pelancaran produk minuman kesihatan Beaukids Aafiyah di Skyglass, Cyberjaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu akui sudah mula memupuk dan mengajar Aafiyah dalam bidang perniagaan supaya dapat mewarisi empayar ibu dan ayahnya.
"Selain tahu ibunya seorang penyanyi, saya juga nak Aafiyah sambung legasi ibu dan ayahnya dalam bidang perniagaan. Sebab saya pun dari kecil lagi sudah berniaga kuih-muih.
"Jadi, saya juga mahu mendedahkan ilmu dan pengalaman ketika Aafiyah masih kecil. Buat masa kini, Aafiyah duta kecil produk minuman kesihatan di bawah syarikat CTDK Holdings Sdn Bhd.
"Kami belum ada memikirkan perancangan untuk dia menjadi duta produk syarikat lain sebab keutamaan dia untuk kami sahaja," katanya lagi.
Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa berkahwin pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan.
Selepas 11 tahun menanti, pasangan ini dikurniakan Aafiyah pada 19 Mac 2018.
Kini, Siti sedang sarat hamil lapan bulan dan dijangka bakal menimang cahaya mata lelaki pada April ini.
Zulaikha Yusof
Tue Mar 30 2021
Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"
Pelakon Chacha Maembong pula tampil menafikan dirinya terbabit dalam kemelut membabitkan Ruhanies, Aliff Aziz dan Bella Astillah seperti dalam paparan skrin perbualan WhatsApp yang tular sejak malam Rabu.
Filem SHERIFF Dengan Kutipan RM100 Juta? Zul Ariffin Buka Rahsia Hampir… | GMW Highlights
Siapa dah tengok filem SHERIFF? Kalau belum, korang memang rugi sebab filem ni memang terbaik! Dengar apa yang Zul share ni!
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
The Hardest Singing Show Bakal Cabar Kreativiti ‘Shownmanship’ Peserta!
Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, 'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”
Emma akui kesilapannya.
Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?
Sekali lagi wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Viral Di TikTok, Hazrat Muaz Disambar Jadi Pelakon & Pengacara! - "Mulanya Saya Buat Suka-Suka Je"
Hazrat Muaz terima tawaran berlakon dan mengacara.
Nadeera Lantunkan Lagu 'Udara', OST Drama Bersiri Framed Lakonan Meerqeen & Mimi Lana
Juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini tampil dengan single terbaharu berjudul Udara yang menjadi runut bunyi drama bersiri Framed, lakonan hebat Meerqeen dan Mimi Lana.
“Kalau Ada Jodoh Dengan Zul Ariffin Ada, Kalau Tiada Maka Tidak Ada” - Gayatri
Penerbit filem terkemuka tanah air, Gayatri Su-Lin Pillai masih tidak mengesahkan khabar angin bahawa dia adalah wanita yang disebut-sebut bakal menjadi isteri aktor popular, Zul Ariffin. Ketika ditemui Gempak, Gayatri masih merahsiakan status sebenar hubungannya bersama Zul. Menurut Gayatri, dirinya lebih selesa untuk berdiam diri dan berpegan
Tak Sangka Jadi Viral Hiburkan Geng Traffic Jammed, Aishah Terkejut - “Siap Ada Yang Pusing Balik Nak Tengok”
Siap ada yang pusing balik tau.
Datuk Red Mengaku Gagal Jadi Suami Yang Baik – “Orang Tengok Mungkin Senang Untuk Kahwin Dua Tapi Sebenarnya..”
Usahawan, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red akui telah gagal untuk menjadi seorang suami yang baik kepada isteri-isterinya.