Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Siti Nurhaliza Tak Terfikir Mahu Bawa Aafiyah Serius Dalam Bidang Seni

Umirah Halim
17/08/2024 03:55 MYT
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak pernah terfikir secara serius untuk membawa anak sulungnya, Siti Aafiyah terjun ke bidang seni.

Tak terfikir secara serius lagi

Menurut Siti, kehadiran Aafiyah yang bermain keyboard hanyalah untuk mengiringi dirinya sewaktu mendendangkan lagu berjudul Nadi di Konsert Cinta Di Awan baru-baru ini.

“Saya tidak terfikir untuk membawa Aafiyah serius dalam bidang muzik cuma untuk konsert di Genting itu sahaja kerana saya membawakan lagu Nadi.


BERITA TRENDING: Siti Nurhaliza Bakal Warnai Hausboom Music Festival 2024

​BERITA TRENDING: Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

​BERITA TRENDING: Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

​BERITA TRENDING: "Mungkin Ini Yang Terbaik, Saya Manusia Tak Lari Dari Kesilapan" - Nora Ariffin Tampil Bersuara, Kini Berlapang Dada

“Lagu itu untuk anak saya, dia punya intro dan muzik Aafiyah belajar dengan Cikgu Illy yang sama-sama mencipta lagu tersebut, jadi perkara itu memudahkan lah.

“Walaupun masa rehearsal Aafiyah hampir tak nak perform sebab dia nervous, takut dan malu tapi alhamdulillah sewaktu konsert itu dia okay,” ujar Siti ketika ditemui di sidang media Hausboom Music Festival 2024 di Khan's Indian Cuisine pada Rabu.

Aafiyah teruja selepas persembahan

Sementara itu, penyanyi lagu Anta Permana itu juga sempat berkongsi reaksi anak sulungnya itu usai konsert tersebut berakhir.

“Dia teruja sangat, budak-budak kan bila dia dah selesa dan seronok. Aafiyah ada cakap concert seterusnya dia mahu ikut serta, tapi saya tiada cakap apa-apa pun sebab bukan setiap persembahan saya nak Aafiyah ada, cuma sewaktu konsert di Genting itu sesuai dengan lagu sahaja,” kongsinya lagi.

Terdahulu, kemunculan Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu mendapat perhatian ramai baru-baru ini.

Untuk info, Konsert Cinta Di Awan berlangsung selama dua hari di Arena Of Stars, Genting Highlands.

#Nurhaliza #Siti #Aafiyah #Seni #Industri #Bawa #keyboard