Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Siti Saida & Sairah Tumpang Gembira Siti Nurhaliza Dinobat Biduanita Negara – “Abah Pasti Bangga, Al Fatihah Buat Abah”

Khairil Khusyairi
14/11/2024 07:20 MYT
Umum mengetahui penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024), malam tadi.

'Arwah Abah Pasti Bangga'

Bersyukur dengan pengiktirafan tersebut, pelantun lagu Biarlah Rahsia itu menyifatkan penganugerahan tersebut didekasikan buat semua pejuang seni tanah air.

Turut meraikan momen indah tersebut adalah adik-beradik Siti yang juga penyanyi iaitu Siti Sairah dan Siti Saida.

Mereka menyifatkan arwah bapa, Allahyarham Tarudin Ismail pasti bangga dengan pencapaian anaknya itu.

“Tahniah buat adikku @ctdk segalanya dipermudahkan. Amin. Moga dibawah lindunganNya. Al fatihah buat Abah,” tulis Saida.

“Abah pasti bangga dengan Kitty. Al fatihah buat arwah Abah,” coret Sairah.

Terdahulu, Siti menerima Anugerah Khas Biduan Negara yang mengktirafnya sebagai Biduanita Negara sempena AS2024, pada Rabu.

Lebih bermakna, Siti yang kini mengabdikan diri selama hampir 30 tahun dalam persada muzik tanah air dan antarabangsa itu turut melancarkan lagu baharu berjudul Sejarah.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Sejarah Buah Tangan Istimewa Siti Nurhaliza Usai Dinobat Biduanita Negara, Singkap Perjalanan Seni Hampir 30 Tahun– “Pada Mulanya Nak Masukkan Dalam Album Tetapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dianugerahkan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Zahirkan Rasa Syukur - "Ini Lambang Penghargaan Semua Insan Seni Tanah Air"

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Dianugerahkan Biduanita Negara Ketiga

#Siti Nurhaliza #Siti Sairah #Arwah Bapa #Biduanita Negara #Siti Saida #Bangga
;