Hiburan

Siti Saleha Tak Boleh Lupa Reaksi Lucu Tunang Menonton Lakonannya

gempak
Mya Amri
17/02/2017
06:50 MYT
Sponsor Banner
Siti Saleha Tak Boleh Lupa Reaksi Lucu Tunang Menonton Lakonannya
Pelakon Siti Saleha akui tidak dapat melupakan reaksi tunangnya, Lutfi Azhar, 31, ketika pertama kali menonton lakonannya di kaca televisyen.
Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Baharom, 27, berkata walaupun Lutfi memberi reaksi lucu, dia tetap berasa seronok.
“Ketika tunang saya menonton episod pertama drama 7 Hari Mencintaiku reaksi dia memang kelakar.
“Respon dia sangat kelakar apabila dia memberitahu seperti pernah melihat pelakon wanita yang membawakan watak Mia Adriana itu.
“Sejujurnya saya rasa seronok pula bila dia tonton lakonan saya, lagi-lagi bila ada babak bergaduh, memang saya ketawa lihat reaksi dia,” katanya kepada Astro Gempak.
Mengulas mengenai persiapan perkahwinan mereka, Saleha memberitahu semuanya berjalan dengan lancar.
“Insha-Allah, tahun ini kami akan berkahwin dan persiapan sedang dilakukan secara perlahan-lahan kerana saya agak sibuk.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan doakan urusan kami dipermudahkan,” ujarnya.
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024