,
Laman Utama

Slam Masih Berbisa, Kumpul 6,000 Peminat

Ahmad Shah
16/05/2016
07:22 MYT
Konsert Kurnia Slam 2016 yang diadakan pada 14 Mei lepas di Star Expo Centre, Kenanga Wholesale ternyata berjaya mengubat kerinduan apabila berjaya menarik 6 ribu peminat mereka.
Persembahan selama dua jam setengah itu membuktikan mereka masih relevan untuk dilabelkan antara kumpulan Pop dan Balada terhebat tanah air walaupun setelah sekian lama menyepi.
Pada malam Konsert Kurnia Slam 2016, mereka tampil dengan 22 buah lagu antaranya Maria, Mariana, Tak Mungkin Berpaling, Kembali Merindu, Mentari Muncul Lagi, Kembali Terjalin, Syair Si Pari-pari, Nur Kasih, Jika Kau Rasa Getarnya, Kurnia dan Gerimis Mengundang.
Petikan gitar solo lagu ‘Jika Kau Rasa Getarnya’ oleh Syah Slam dan kemunculan Zamani di atas pentas ternyata membuatkan peminat tidak ‘senang duduk’ kerana seakan membawa mereka kembali di awal kemunculan mereka pada awal 90an.
Slam memulakan persembahan dengan lagu Sinar Menunggu dan ternyata vokal Zamani kekal hebat dan berjaya memukau para peminat dan penonton di Star Expo.
Tidak hanya Slam sahaja yang beraksi di atas pentas, Zamani telah menjemput penyanyi Ronnie Hussein menyanyikan lagu Terasing Dalam Sepi. Menarik mengenai lagu tersebut, Ronnie mengakui seringkali membawakan lagu tersebut sejak kecil apabila menyertai pertandingan nyanyian.
Selain Ronnie Hussein, Zamani secara spontan menjemput komposer terkenal tanah air iaitu Saari Amri untuk berduet lagu yang mendapat sentuhannya sendiri iaitu Kembali Terjalin.
Lebih menarik, komposer Aidit Alfian diberi penghormatan menjayakan persembahan akustik mereka menerusi lagu ciptaannya, ‘Syair Si Pari-pari’. Malah bekas peserta program Akademi Fantasia, Hazama turut berpeluang menyanyikan lagu ‘Kita Terpaksa Bermusuhan’.
Sesekali Zamani memberi peluang kepada para peminat yang hadir untuk sama-sama ‘Sing a long’ lagu-lagu popular yang banyak melonjakkan nama mereka di persada seni tanah air.
Slam melabuhkan Konsert Kurnia Slam 2016 dengan lagu ‘Gerimis Mengundang’ yang telah melonjakkan nama kumpulan mereka pada tahun 1996.
Lebih manis, rakan-rakan artis yang turut hadir menyaksikan konsert mereka turut dijemput ke atas pentas untuk sama-sama menyanyikan lagu tersebut antaranya Amir Ukays, Zarul Umbrella, Yazit Search dan ramai lagi.
Keseluruhan Konsert Kurnia Slam 2016 memberi kepuasan kepada para peminat yang berjaya mengubat kerinduan mereka untuk menyaksikan Slam beraksi secara ‘live’ sejak kali terakhir pada tahun 1996 menerusi ‘Konsert Grand Slam’ di Stadium Negara.
Tidak mustahil sekiranya kemunculan mereka dalam konsert lain selepas ini bakal mendapat sambutan hebat penonton kerana aura Slam masih sama walaupun sudah di mamah usia.
Walaupun hampir dua dekad tidak mengadakan konsert berskala besar di Malaysia, ternyata Slam masih mampu memukau para peminat dengan kekuatan vokal dan alunan muzik live’ yang cukup hebat oleh Syah, Ajak dan Lily.
Konsert Kurnia Slam 2016 dibawakan khas oleh Urban Creative Synergy yang turut pernah mengajurkan konsert beskala besar seperti kumpulan Judika, Search dan UB40.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Datuk Khadijah Ibrahim Kemalangan Di Beaufort, Sempat Keluar Kenderaan Sebelum ...

gempak
30/09/2024
23:09 MYT
Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim cedera selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Brunei Darussalam ke Kota Kinabalu, Sabah, petang semalam.
Hiburan

Pakaian Dalam Boleh Buat Kembung Perut, Hwasa Tak Kisah Imej Seksi Tidak Digemari Peminat

gempak
26/09/2024
05:25 MYT
Menurut pelantun lagu Maria itu, jika dia mengenakan pakaian dalam boleh membuatkan dia rasa kembung perut.
Hiburan

Sal Priadi Bakal Muncul Dengan Konsert ZuzuZaza Live In Kuala Lumpur, Janji Berikan Elemen Audio Visual Kreatif Terbaik Buat Peminat!

gempak
25/09/2024
11:25 MYT
Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 13 Oktober itu merupakan konsert sulungnya di Malaysia.
Bollywood

Udit Narayan Terima Bayaran Cecah 7 Angka Jayakan Konsert Di Kuala Lumpur

gempak
24/09/2024
13:25 MYT
Penyanyi Bollywood terkenal Udit Narayan menerima bayaran mencecah jutaan ringgit bagi Konsert Udit Narayan Live in Kuala Lumpur, Disember depan.
Hiburan

Jamal Abdillah Tetap Beri Bantuan Walau Zaki Yamani Berhabis 40,000 Demi Sambung Belajar - “Saya Akan Tanggung”

gempak
23/09/2024
13:25 MYT
Raja pop tanah air, Datuk Jamal Abdillah memaklumkan dia tidak kisah untuk menanggung perbelanjaan anaknya, Zaki Yamani, 18 yang kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
BorakSeeni