Hiburan
SM Salim Kini Terlantar Uzur
Penyanyi lagenda, Tan Sri S.M Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros dikhabarkan tidak sihat dan terlantar uzur.
Menerusi entri laman sosial akaun instagram @migonline, menunjukkan foto penyanyi lagu-lagu Melayu klasik dan tradisional itu yang sedang terbaring dalam keadaan keuzuran.
Penyanyi yang kini sudah berusia 87 tahun itu dikatakan sudah tidak berdaya lagi tetapi tetap merindui teman-teman duetnya.
Sebelum ini, penggesek biola itu pernah disahkan menghidapi penyanyi saraf yang menyebabkan dia tidak mampu lagi untuk berdiri sejak lima tahun yang lalu.
Antara teman duet S.M Salim yang paling popular sebelum ini adalah Dato' Siti Nurhaliza dengan lagu Pandang Pandang, Jeling Jeling.
Berikut merupakan entri di Instagram tersebut:
Must-Watch Video