Laman Utama
“Snakes On A Plane Is Real Gais!” – Reaksi Netizen Selepas Kecoh Berita Ular Ditemui Dalam Pesawat
Semalam, tular mengenai insiden' kelibat seekor ular yang dilihat di sebalik lampu pada bahagian siling pesawat Air Asia ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau.
Perkara tersebut turut disahkan Syarikat penerbangan tambang murah tersebut dan memberitahu, pesawat tersebut dilencongkan ke Kuching, Sarawak, semalam.
Menerusi kenyataan media, Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia Kapten Liong Tien Ling berkata, pihaknya menyedari berlaku insiden (kelibat seekor ular dilihat di sebalik lampu pada siling pesawat) ketika penerbangan terbabit yang memaksa juruterbang mengambil tindakan melencongkan pesawat.
Tinjauan Gempak di media sosial mendapat, rata-rata warganet memberi reaksi berbeza termasuk menyamakan situasi tersebut dengan filem Hollywood ‘ Snakes On A Plane’.
“Snakes On A Plane is real gais! Fuhhh macam mana la kalau aku yang dalam fligt tu!”
“Alamak macam mana ular tu boleh tumpang pulak tu…”
"Mujur sekor, kalau betul-betul macam Snakes On A Plane...Aiyo serammmm!"
Antara komen ditinggalkan warganet.
Namun ramai juga yang memuji tindakan pantas kapten pesawat kerana melakukan pendaratan kecemasan selepas menyedari kehadiran penumpang ‘istimewa’ mereka itu.
Sebelum itu, sebuah video berdurasi 14 saat yang memaparkan bayang ular berada di dalam sebuah pesawat tular di TikTok.
@edal8808 Kelihatan seekor ular dalam pesawat dlm penerbangan dari KL ke Tawau. Pesawat terpaksa emergency landing di AirPort Kuching #fyp ♬ Suspense Music - Sound Collective
Must-Watch Video