"Sol Suka Pengat Pisang Ker?" - Ira Kazar Berdebat Dengan Netizen Gara-Gara...
Asyikin Mayudin
06/10/2023 03:55 MYT
06/10/2023 03:55 MYT
Perkongsian video isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar yang berkongsi menu masakan di laman sosial sentiasa menarik perhatian netizen.
Terbaharu, video Ira membuat pengat pisang yang dimuat naik di laman TikTok miliknya mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya turut berkongsi tips untuk menjadikan pencuci mulut itu lebih sedap.
Bagaimanapun terdapat satu salah komen daripada netizen di ruang perkongsian itu yang menarik perhatian Ira untuk membalas.
Menerusi komen tersebut, individu itu bertanyakan kepada Ira adakah suaminya, Syamsul menyukai pengat pisang yang dimasak olehnya.
“Sol (Syamsul) suka pengat pisang ke?” tanya individu itu.
Membalas semula komen tersebut, Ira memberitahu Syamsul bukan sahaja menyukai pengat pisang sebaliknya semuanya gemar semua masakannya.
Individu tersebut berterusan membalas komen Ira dengan mengatakan Syamsul sangat bertuah kerana tidak perlu makan nasi kerana isterinya hanya masakkan pengat pisang itu.
Bagaimanapun, Ira menegaskan apa yang dia masak tidak akan dikongsikan terus pada hari yang sama dan ia sekadar ‘content’ sahaja.
“Ini content. Bukan hari ini masak, hari ini terus post. Yih,” balas Ira yang turut tidak menyangka individu itu sanggup menunggu perkongsiannya di laman sosial setiap hari.
BACA SINI: "Kau Pantau Sikit Handphone Aku..." - Ira Kazar Jawab Tuduhan Buat Akaun Palsu Ganggu Puteri...