Sejak kebelakangan ini, isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dilihat kerap memuat naik kandungan berkenaan masakan di Instagram Story miliknya.

Pelbagai menu masakan dikongsi oleh Ira dan antara yang paling diingati adalah resepi sambal sotong.

Tidak hanya di Instagram, Ira turut berkongsi beberapa menu masakan di akaun TikTok. Menerusi video-video yang dikongsi, Ira menggunakan suaranya sebagai langkah-langkah memasak menu yang ingin disediakan.
@irakazar_ Baked Potato Beef Recipe ? #BakedPotato #CapCut ♬ original sound - Ira Kazar

Meninjau ruangan komen, ada yang memberi pandangan suara anak kepada Kazar Saisi itu sedap didengar.



“Tak tahu kenapa, saya suka betul dengar suara Ira Kazar ni, walaupun ramai annoying dengan dia, tapi I tetap suka!” tulis seorang pengguna TikTok.

Melihat respons tersebut, Ira membalas: “Masya-Allah sebaklah baca,” tulisnya.



Selain suara menjadi pujian, ramai yang turut melahirkan rasa ingin mencuba resepi yang dikongsikan oleh Ira.

BACA: “Lembut, Patut Suami Sayang”- Netizen Terpegun Dengar Suara Video Voice Over Ira Kazar!

BACA: Ira Kazar Ajar Masak Sambal Sotong Sedap Tambat Hati Suami! - "Nak Lagi Ngam Tambah Petai"