Timbul spekulasi mengatakan isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar membuat akaun palsu hanya semata-mata untuk menganggu ketenangan aktres Puteri Sarah Liyana.

Ira bagaimanapun menerusi sesi siaran langsung di TikTok bersama isteri kepada aktor Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz menegaskan dia tidak pernah mewujudkan akaun palsu seperti yang didakwa.

Malah anak kepada aktor terkenal Kazar Saisi ini juga meminta Nilam yang dianggap sebagai kakak untuk memantau telefon bimbitnya.

“Kat mananya aku buat fake account? Kak cuba kau tengok kak… kau pantau sikit handphone aku kak. Kat mana aku buat fake account tu?” jelas Ira.

Pada sesi siaran langsung itu juga, Nilam turut menyifatkan Puteri Sarah dan Ira Kazar adalah orang yang baik malah wanita yang dianggap adik itu juga sudah menerima kifarah.

“Aku tahu Sarah ini orang baik… Ira pun orang baik. Cuma yela nak buat macam kan. Aku selalu cakap dekat dia, kifarah itu ada. Sebab sekarang ini dia dah, tak boleh nak cerita lebih-lebih.

“Ira dia tengah mengalami kifarah. Dia pun dah reda, bersyukur apa yang Allah berikan kepadanya. Dia terima, dia ikhlas. Insya-Allah. Kita doa yang baik-baik untuk dia juga,” katanya.

BACA SINI: Ira Kazar Sebak Sebab Netizen Suka Dengar Suaranya

BACA SINI: “Inilah Manusia Bila Tak Ada Kerja Sibuk Iddah Orang” - Puteri Sarah Liyana