Hiburan

Solange Knowles Dedah Bercerai Hampir Setahun

gempak
Asraf Aided
04/11/2019
08:48 MYT
Sponsor Banner
Solange Knowles Dedah Bercerai Hampir Setahun
Bintang Hollywood dan adik kepada penyanyi Beyonce, Solange Knowles mendedahkan dia telah berpisah dengan suaminya, Alan Ferguson pada awal tahun ini.
Penyanyi tersebut mendedahkan perkara itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Dua tahun kebelakangan ini telah banyak mengubah saya dari segi fizikal dan semangat.
"11 tahun lalu saya bertemu dengan lelaki yang mengubah kehidupan saya, tapi pada awal tahun ini kami membuat keputusan untuk berpisah tanpa memaklumkan kepada orang ramai.
"Saya harus meneruskan kehidupan seperti biasa selepas ini," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis telah memberikan kata-kata semangat buat Solange.
<embed>
Perkahwinan Solange bersama Alan adalah perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan Daniel Smith.
Dalam industri hiburan pula, Solange mulai aktif pada sekitar tahun 2001 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024