Pelakon Nabila Huda dikenali sebagai seorang yang peramah, ceria dan easy going.

Sikap semulajadi yang ada pada diri Nabila itu membuatkan orang disekeliling amat menyenanginya.

Untuk episod 4 Rumah No 107, Nabila sekali lagi membuktikan sikap selamba dengan mengambil mask muka dan memakainya tanpa menghiraukan solekan yang dipakainya.

Riuh rendah jadinya Rumah No 107 dengan gelagat lucu Nabila.

Selain Nabila, pelakon Diana Danielle juga merupakan tetamu undangan Rumah No 107.

Tidak hanya lawak semata-mata, Rumah No 107 terbahagi kepada beberapa segmen dan ada antaranya mampu menjentik hati tetamu jemputan dan juga penonton.

BACA: Shiera Dedah Sisi Lain Sherry - “Sering Nampak Happy, Tapi…”

Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman, Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.





Saksikan episod penuh Rumah 107 bersama Nabila dan Diana pada Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.