,
Laman Utama

SPRM Akan Panggil 10 Lagi Artis & Selebriti – “Ramai Lagi Akan Dipanggil Bantu Siasatan Macau Scam Dan Judi Dalam Talian…”

Fiza Kamarudin
21/10/2020
09:59 MYT
Seramai 10 artis dan selebriti lagi dalam senarai terbaru akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Selain 10 yang disebut, ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram membabitkan kumpulan cuci duit haram dan perjudian dalam talian.
Sumber berkata, semua artis terbabit akan diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan.
"Mereka termasuk dua artis wanita dan lelaki yang juga pengacara dan pelakon terkenal.
"Ramai lagi akan dipanggil kerana mereka diperlukan untuk membantu siasatan penipuan Macau Scam dan judi dalam talian," katanya.
Menurut sumber lagi, SPRM telah memanggil sembilan lagi individu termasuk dua lelaki yang juga Instafamous selepas hampir dua minggu tempoh diberikan agensi itu untuk tampil memberikan keterangan secara sukarela.
[[BACA: Macau Scam: Tiada Artis Tampil Secara Sukarela, Pelakon Lelaki & Pengacara Wanita Popular Dipanggil SPRM]]
"Semua mereka yang berusia antara 25 hingga 32 tahun itu dirakam percakapan pada 3 petang semalam. Mereka adalah rakan kepada isteri suspek utama.
"Ada yang hadir di pejabat SPRM, ada yang diambil keterangan di luar," katanya.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki meminta semua selebriti dan ahli perniagaan terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram supaya tampil membantu siasatan.
Menurutnya, arahan itu bagi mengelakkan SPRM menahan mereka yang berkenaan dalam masa terdekat.
"Tidak kira selebriti atau siapapun dan mana-mana pihak yang pernah menerima (dana sindiket) daripada individu yang ditahan SPRM, mereka diminta tampil sebelum kami panggil," katanya.
Pada awal Oktober lalu, beberapa selebriti termasuk pelawak dan penyampai radio terkenal dipanggil agensi berkenaan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kelihatan Tenang Sebelum Didakwa, Alif Teega Siap Dipeluk Erat Oleh Aisyah Hijanah

gempak
20/09/2024
01:49 MYT
Pempengaruh, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Aliff Teega dilihat tenang ketika hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur, pada pagi Khamis.
Viral

Alif Teega Bakal Didakwa Di Mahkamah Esok - “SPRM Mendapat Izin Mendakwa…”

gempak
19/09/2024
11:53 MYT
Pempengaruh media sosial, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani bakal didakwa di mahkamah, esok.
Hiburan

Rita Rudaini Tegur Tindakan Suami Isteri Pempengaruh Kongsi ‘Pengalaman’ Ditahan Reman SPRM - “Jangan Jadikan Benda Itu Normal Kena Gari”

gempak
22/07/2024
01:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan pasangan suami isteri pempengaruh iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang berkongsi mengenai pengalaman ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Viral

Dijaga Dengan Baik, Aisyah Hijanah & Aliff Teega Kongsi Pengalaman Ditahan Reman Bantu Siasatan SPRM -“Sebelum Ini Kita Ingat Hidup Kita Selesa…”

gempak
20/07/2024
09:28 MYT
Pempengaruh, Aisyah Hijanah dan suaminya Aliff Teega berkongsi pengalaman ditahan reman bagi membantu siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Berita

Tempoh Reman Berakhir, Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Dibebaskan & Perlu Bayar Wang Jaminan RM200,000

gempak
16/07/2024
12:22 MYT
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh direman sejak 11 Julai lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dibebaskan.