Hanya selangkah lagi ke minggu akhir, namun kumpulan Campaktakjauh terpaksa akur apabila tersingkir pada semi final Mega Spontan 2023 yang berlangsung pada malam Jumaat.

Pelawak Atu berkata, dia lebih berasa serba salah terhadap kumpulannya kerana beranggapan dirinya ada membuat kesilapan sehingga menyebabkan mereka tersingkir.

“Bukan minggu ini saja, tapi sebenarnya saya dah jangka akan tersingkir dari minggu keempat. Bukan saya cakap, dah biasa masuk pertandingan tapi dah boleh rasa benda itu.

“Bukan sebab kumpulan saya, tapi saya sendiri yang rasa serba salah sebab mereka percaya saya boleh buat. Jangan salahkan kumpulan saya, sebab mereka bukan pelawak.

“Saya yang pelawak, dan ini program lawak. Mungkin saya sendiri yang ada silap sikit. Sejujurnya memang ada terkilan sebab tak dapat pergi final, dah buat yang sebaik mungkin. Tapi rezeki sampai sini,” katanya kepada Gempak.

Kumpulan Srivijanda akhirnya merampas semula takhta di kedudukan pertama dengan markah 36.85 manakala Manjakelat mendapat tempat kedua dengan jumlah markah 35.40 selain mendapat imuniti.

Ahli kumpulan Manjakelat iaitu Joey Daud dipilih menjadi Man Of The Week pada minggu ketujuh Mega Spontan 2023.

Pada akhir segmen, Majakelat yang menerima imuniti telah menyerahkan imuniti tersebut kepada Champaktakjauh.

Pada malam berkenaan, kumpulan Srivijanda yang menduduki tempat kedua menerima markah sebanyak 34.09 peratus manakala Champaktakjauh pula di posisi ketiga dengan markah 29.22 peratus.

Campaktakjauh yang mendapat markah 27.75 sekaligus tersingkir dan menerima hukuman dengan memasuki bilik Mega Merenjis.

Minggu semi final juga menyaksikan persembahan pembukaan daripada empat penyanyi hebat iaitu Hazama, Tomok, Akim Ahmad dan Black yang turut bermain permainan bersama peserta Mega Spontan 2023.

Mega Spontan 2023 dihoskan oleh Sherry Alhadad manakala Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara bersama untuk bertanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.

Turut disertakan barisan mentor yang digalas Zizan Razak yang mewakili kerajaan Manjakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Champaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.

Gerak-geri setiap pemain pula akan dinilai oleh Datuk Afdlin Shauki sebagai Game Master.

Afdlin akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, hukuman buat kumpulan yang tercorot dan pemberian Immuniti kepada pemain mahupun kumpulan.

Mega Spontan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang setiap Jumaat, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

BACA: #MEGASPONTAN2023: Menang Buat Kali Pertama, Majakelat Akhirnya ‘Benamkan’ Kejohanan Berturut-Turut Srivijanda

BACA: #MEGASPONTAN2023 : Zizan Razak Layak Jadi Mentor, Adlin Aman Ramlie Letak Diri Sebagai Peserta ‘Junior’ - “Walaupun Saya Dah Kira Otai Tapi…”

Untuk pilihan fleksibel, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.