Hiburan

“Suami Beri ‘Lampu Hijau’” - Normala Samsuddin Buat Kemunculan Semula

gempak
Azwa Rahman
23/07/2020
07:26 MYT
Sponsor Banner
“Suami Beri ‘Lampu Hijau’” - Normala Samsuddin Buat Kemunculan Semula
Ikon pengacara tanah air, Puan Sri Normala Samsudin kembali memeriahkan dunia penyiaran apabila muncul sebagai juri tetap program Ratu Hijabista.
Menurut Normala, 56, kemunculan semula itu dibuat selepas dia mendapat 'lampu hijau' yang juga keizinan daripada suaminya, Tan Sri Azmi Khalid.
"Sebaik terima tawaran sebagai juri tetap Ratu Hijabista, saya berbincang dengan suami untuk mendapatkan pandangannya. Alhamdulillah beliau memberi saya 'lampu hijau' untuk membabitkan diri .
"Ini kerana kata suami pembabitan saya dalam program itu atas tanggungjawab sebagai juri yang umpama seorang ibu juga. Apatah lagi, saya berpeluang berkongsi pengalaman bersama peserta," katanya.
Normala ditemui ketika majlis sidang media Ratu Hijabista yang berlangsung di Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tambahnya lagi, program seumpama itu mengingatkannya sewaktu awal kemunculan ketika menyertai program pencarian bakat pengacaraan Nona di TV3.
“Dunia dulu dan sekarang berlainan. Saya sebagai Normala Samsuddin pun pernah buat bermacam-macam kesalahan dulu dan ia mengambil masa selama 16 tahun untuk saya belajar.
“Kalau pengacara-pengacara baru ini tahan cabaran, tahan sabar, Insya-Allah kita dapat gilap bakat mereka,” ujarnya lagi.
Selain Normala, program Ratu Hijabista menampilkan gandingan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim sebagai pengacara yang disertai 12 peserta berusia di antara 21 hingga 30 tahun.
Ratu Hijabista akan bersiaran selama lapan episod di Astro Prima (saluran 105) pada setiap Rabu bermula 12 Ogos ini pada jam 9 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live