gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Israel Larang Rakyatnya Larikan Diri, Tutup Lapangan Terbang Utama - “Kami Tidak Akan Luluskan”
HIBURAN
Iqbaal Ramadhan, Baale Dikelilingi Peminat Wanita: “Saya Tidak Kisah Lelaki Atau Perempuan…”
HIBURAN
Che Ta Titip Pesanan Untuk Kaum Wanita Jika Suami Berlaku Curang - “Orang Perempuan Jangan Terus…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Suami Dedah Siasatan Kes Keganasan Rumah Tangga Melibatkan Zehra Zamri Dibuka Semula - “Polis Datang Ke Rumah Untuk Ambil…”

gempak
Ainun Md Zooki
07/05/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Suami Dedah Siasatan Kes Keganasan Rumah Tangga Melibatkan Zehra Zamri Dibuka Semula - “Polis Datang Ke Rumah Untuk Ambil…”
Suami kepada penyanyi Zehra Zambri, Nur Mohd Iqwan Samsudin mendedahkan kes keganasan rumah tangga melibatkan dirinya dan isteri telah dibuka semula oleh pihak polis.
Menurut Iqwan, siasatan semula telah dijalankan termasuk memanggil Zehra untuk memberi keterangan.
“Selepas saya buat pendedahan, kes dibuka semula. Ada siasatan dan saya sudah dipanggil untuk beri keterangan.

“Polis juga sudah datang ke lokasi (rumah) untuk mengambil gambar bukti.

“Saya dimaklumkan akan ada pendakwaan terhadap Zehra,” katanya kepada Gempak.
Iqwan ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi selepas prosiding lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Rabu.
Tambahnya, dia dan Zehra telah hadir memberi keterangan pada 14 April lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang susulan laporan polis yang dibuatnya pada 25 Januari lalu.
Sebelum ini, Iqwan mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh isterinya sebanyak empat kali sepanjang lebih tiga tahun perkahwinan mereka.
Bagaimanapun, kes tersebut ditutup selepas dia bersetuju untuk menyelesaikannya secara damai tanpa melibatkan tindakan undang-undang.
Mengulas mengenai prosiding perceraian, Iqwan menyatakan kesediaannya untuk melepaskan Zehra bagi memberi fokus kepada kehidupan masa depan, termasuk isu hak penjagaan anak.
Namun begitu, Iqwan meletakkan syarat agar isterinya menggugurkan empat daripada lima tuntutan yang difailkan dalam permohonan cerai bertarikh 9 Mac lalu.
“Hasrat saya hari ini untuk lafazkan cerai. Tetapi Zehra dalam keadaan tidak suci (haid).

“Saya beritahu setuju lafaz jika empat tuntutan digugurkan. Hanya tiada persefahaman boleh dikekalkan.

“Saya mahu fokus dengan objektif selepas ini termasuk hak jagaan anak. Semuanya masih tergantung kalau kes cerai belum selesai,” jelasnya.
Antara tuntutan yang dibuat oleh Zehra adalah penderaan emosi selain suami gagal melindungi dari segi mental dan fizikal.
Dia juga menyebut tentang tiada persefahaman dan kasih sayang lagi dalam perkahwinan.

BERITA BERKAITAN: Zehra Zamri Tak Nak Ikut Syarat Suami, Hanya Mahu Bercerai Dengan Segera - “Saya Tidak Bersetuju Untuk Gugurkan…”

BERITA BERKAITAN: Ada Sebab Suami Terpaksa Tangguh Niat Untuk Ceraikan Zehra Zamri - “Dia Enggan Gugurkan 4 Tuntutan Dalam…"

BERITA BERKAITAN: "Sudah Dua Minggu Saya Dan Suami Tidak Tinggal Sebumbung, Dia Dah Ambil Semua Barang ..." - Zehra Zambri

BERITA BERKAITAN: Ada Sebab Suami Zehra Zambri Tak Nak Bercerai - "Kalau Setuju, Saya Seakan Mengiyakan Tuduhan Dia Yang Mengatakan…”

Topic Berkaitan
#cerai
#Rumahtangga
#Polis
#Keganasan
#Zehra Zambri
#Kes
#Siasat
#Iqwan
Must-Watch Video