Aktor Datuk Aaron Aziz berpendapat seorang suami juga boleh ada sikap cemburu dan mahukan perhatian.

Aaron menimbulkan persoalan tersebut selepas mempertikaikan komen dari penonton filem Dekatnya Cinta yang menyalahkan sikapnya sebagai peneraju watak utama.

“Suami pun boleh jealous dan nak attention kan? Takkan semua Adam yang salah?

“Dah tengok belum semua?,” persoalnya.

Pelakon yang berasal dari Singapura itu memberi respon kepada salah satu komen warga net yang mempertikaikan sikapnya sebagai seorang suami dalam filem tersebut.

“Tak sekarang masalah Adam dengan ain ni sebabnya fasal watak Farah Nabilah tu. Lepas tu, kenapa Adam ni ego? Semua fikir dia je betul. Cemburu tak tentu hala.

“Tiada 2 way communication. Dengar lah apa bini kau nak cakap. Aku pula emo tengOK Aaron Aziz ni. Ish,” komen dari netizen yang dikongsi Aaron.

Filem dari cerita kesinambungan drama hit Adam & Hawa itu ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 sejak 13 Mei lalu.

Selain Aaron Dekatnya Cinta yang menggandingkannya sekali lagi dengan pelakon Nadiya Nisaa mengisahkan tentang pasangan suami isteri Adam Mukriz dan Ain Hawani hidup bahagia sehinggalah hadir orang ketiga, Zulaika (Farah Nabilah).

Adam Mukriz mula beralih arah kerana Ain Hawani tidak dapat memberi tumpuan pada keluarga disebabkan sibuk dengan kerjaya dan menyambung pengajian.

Keadaan bertambah rumit apabila Adam Mukriz ternampak Ain Hawani menerima sejambak bunga bersama Profesor Yusoff (Datuk Fazley Yaccob). Diselubungi rasa marah dan cemburu, Adam Mukriz telah melafazkan cerai. Bermulalah perjalanan hidup baru buat mereka berdua dalam berdepan dengan pelbagai dugaan.

Saksikan filem Dekatnya Cinta yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 13 Mei 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)