Laman Utama

Suami Ras Adiba Radzi Dibedah, Alami Infeksi Di Kaki & Positif COVID-19! - "Ia Sudah Makan Tulang..."

gempak
Syafiqah Jalal
21/02/2023
23:40 MYT
Sponsor Banner
Suami Ras Adiba Radzi Dibedah, Alami Infeksi Di Kaki & Positif COVID-19! - "Ia Sudah Makan Tulang..."
Bekas personaliti TV yang juga Senator Dewan Negara, Datuk Ras Adiba Radzi mengesahkan suaminya menghidap Covid-19 selepas mengalami infeksi di jari kaki.
Malah, difahamkan infeksi di jari kaki suaminya, Mohamed Azam Ali sudah merebak ke tulang.
"Abang Azam Bear (nama panggilan suaminya) positif Covid semalam dan juga mempunyai infeksi di jari kakinya.
Sebelum ini kedua belah Ibu jari kedua belah kaki telah pun dipotong.
"Abang (suami) masuk ke hospital petang tadi, dan terus pakar Ortho memeriksa jari kakinya dan dapati infeksi sudah memakan tulang," maklumnya.
Ras berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto suaminya yang dipercayai sedang menerima rawatan di hospital.
Menurut Ras, suaminya terpaksa melakukan pembedahan yang dijalankan pada malam Selasa.
"Untuk pastikan infeksi tidak merebak dan keadaan beliau yang menghidap Covid serta keadaan jantungnya, operasi akan dilakukan di Hospital DSH2 Bukit Lanjan malam ini pada jam 8.
"Deep (nama panggilan dirinya) dan seisi keluarga ingin pohon semua sahabat di sini untuk sama-sama doakan Abg Azam Bear," pintanya.
Ras berkahwin semula dengan bekas suami, Mohamed Azam Ali dalam majlis pernikahan ringkas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 2 Jun 2022.
Sebelum ini, pasangan berkenaan itu pernah mendirikan rumah tangga pada 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live