Hiburan

Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”

Asyikin Mayudin
23/04/2024
05:40 MYT
Salah seorang mangsa yang nahas akibat dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pagi tadi adalah ahli keluarga kepada pelakon Eyra Hazali.

Sepupu Suami Mangsa Nahas

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Eyra menerusi hantaran terkini di Instagram Story miliknya.
"Al-fatihah kepada semua yang terlibat dalam kemalangan helikopter. Salah seorang mangsa adalah suami sepupu saya, LT Kdr Wan Rezauden Kamal bin Wan Zainal Abidin.
"Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” kongsinya.
Terdahulu, dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa.
Kejadian nahas itu berlaku ketika kedua-dua helikopter itu sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kejadian berlaku.
Seramai 10 mangsa yang terlibat dilaporkan meninggal dunia. Kedua-dua helikopter terbabit berlepas dari padang Sitiawan, Perak pada jam 9.03 pagi tadi sebelum bertembung di udara.
Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

BERITA TRENDING: Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban

BERITA TRENDING: Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Suami Eyra Hazali Sedih, Impian Nak Anak Kembar Tak Kesampaian - “Dia Mengharapkan Juga Dari Anak Pertama Tapi…”

gempak
30/05/2024
06:55 MYT
Rezeki yang tidak disangka apabila pelakon Eyra Hazali dimaklumkan dirinya hamil bayi kembar ketika membuat ultra bunyi di sebuah hospital.
Hiburan

“Tak Ajak Wife Sekali Ke Makan Makan?” - Ramai Setuju Bila Eyra Hazali Persoal Kenyataan Ruhainies, Aliff Aziz

gempak
15/03/2024
06:55 MYT
Netizen setuju dengan Eyra Hazali.
Laman Utama

Ibu Selalu Pesan: “Nak Buat Perangai… Fikirlah Nama Ayah” - Eyra Hazali Sentiasa Pegang Nasihat Orang Tua

gempak
09/01/2023
03:43 MYT
Sentiasa ingat pesan ibu dan ayah.
Laman Utama

"Bukan Macam Suami Hang!" - Tegur Eyra Hazali Buat Netizen Suka Takut-Takutkan ...

gempak
03/12/2022
04:46 MYT
Betul juga, jangan lah nak pukul rata semua
Laman Utama

[VIDEO] Gelagat & Aksi Mesra Anak Eyra Hazali Dengan Bergson Da Silva Curi Perhatian Netizen - “Papa Awak Keeper Tau Bukan…”

gempak
22/11/2022
09:55 MYT
Rapat betul Hayder dengan Bergson...