Hiburan
“Suami Sporting, Sokong Kerjaya” – Shima Anuar
Pelakon Shima Anuar bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahami.
Menurut Shima, suaminya Mohd Solih Toha tidak menghalang kerjaya lakonan sebalik sering memberikan sokongan terhadap perkara yang dilakukan olehnya.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana mempunyai suami yang memang sangat-sangat sporting dan sering memberikan sokongan terhadap kerjaya saya.
“Cumanya sebagai seorang isteri kita sendiri kena tahu dan jaga batas-batas yang sepatutnya,” katanya.
Terdahulu, Shima mendirikan rumah tangga dengan Solih, yang juga seorang ahli perniagaan pada 8 April 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Marian Sophia dan Mikhael Imaan.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).