Suami Syura Badron Dimasukkan Ke Hospital Akibat Melecur Teruk, Gas Memasak Meletup - “Dalam Menahan Sakit Awak Masih Lagi Mampu…”
Khairil Khusyairi
25/11/2024 03:25 MYT
25/11/2024 03:25 MYT
Penyanyi Syura Badron berkongsi berita sedih apabila suaminya dimasukkan ke hospital akibat mengalami melecur teruk.
Melecur Bahagian Muka, Kaki, Tangan
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Syura memaklumkan keadaan suaminya yang melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika Syura dan suami menginap di sebuah rumah di Perlis, Jumaat lalu.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika Syura dan suami menginap di sebuah rumah di Perlis, Jumaat lalu.
“Dengan berat hati saya ingin maklumkan suami saya, farizat telah di masukan ke hospital kerana melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak yang berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada hari Jumaat malam yang lepas.
“Awak lelaki yang sangat hebat yang pernah saya jumpa. Dalam menahan sakit awak masih lagi mampu tersenyum untuk saya dan anak-anak.
“Terima kasih sebab bertahan untuk saya dan anak-anak. Semoga Allah angkat sakit yang awak rasa dan diberikan kesembuhan secepatnya buat awak.
“Semoga ini menjadi asbab pahala yang besar buat awak bie, saya akan selalu ada untuk awak..selamanya,” kongsinya.
Mohon Doa Kembali Sembuh
Dalam pada itu, pelantun lagu Ego itu turut memohon semua mendoakan suaminya agar kembali sembuh.
“Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami saya dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini.
“Semoga ada hikmah yang baik disebalik ujian ini. Allah maha baik,” tutupnya.