Laman Utama

12 Tahun Tak Ada Baby, Syura Badron Sakit-Sakit Badan & Tak Cukup Tidur - "Sampai Satu Tahap, Kita Menangis Sebab ..."

gempak
Asyikin Mayudin
05/07/2023
07:55 MYT
Sponsor Banner
12 Tahun Tak Ada Baby, Syura Badron Sakit-Sakit Badan & Tak Cukup Tidur - "Sampai Satu Tahap, Kita Menangis Sebab ..."
Penyanyi Syura Badron mengakui pengalaman menjaga bayinya benar-benar mencabar fizikalnya memandangkan sudah 12 tahun dia tidak menguruskan anak kecil.
Syura menerusi Instastory miliknya berkata dia tidak dapat menahan sebak sehingga menangis disebabkan bangga dengan pengorbanannya dalam membesarkan anak-anaknya.
“Selepas 12 tahun tak ada baby, kali ni betul-betul mencabar badan aku. Sakit badan, tak cukup tidur tu semua dah jadi kebiasaan. Sampai satu tahap, kita menangis sendiri.
“Bukan menangis sebab sakit, tapi menangis sebab bangga dengan pengorbanan yang kita buat demi membesarkan
anak-anak,” kongsi Syura.
Dalam pada itu, Syura juga melahirkan rasa syukur kerana mempunyai seorang suami yang sentiasa memahami dan turut membantu dalam penjagaan bayi mereka.
“Bertuahnya aku dapat suami yang sentiasa memahami dan rajin membantu (walaupun kadang-kadang dia selalu lawan berdengkur dengan anak dia).
“Aku salute semua mommies kat luar sana yang jaga anak tanpa ada pembantu/maid! Semoga Allah berikan kita kesihatan dan kekuatan untuk kita enjoy every moment as a mother… it's priceless,” ujarnya.
Untuk info, Syura mengakhiri status ibu tunggal sejak sembilan tahun lalu apabila melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Muhamad Farizat Ismail, pada 22 Januari 2022.
Pada 13 Mac lalu, Syura selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Umar Eussof secara normal di salah sebuah hospital di Johor Bharu, Johor.
Sebelum ini, Syura pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 16, Nurul Qaisara Sofia,14, dan Muhammad Irfan Aryan, 12 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Syura Badron Kongsi Cerita Disebalik ‘Bercinta’ Dengan Peminat Bernama Zaki - “Aku Tak Sangka La Abang Itu Boleh…”
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 12 Tahun, Syura Badron Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Teruja Perkenal Nama Anak
ARTIKEL BERKAITAN: “Jagalah Sikit Emosi Ibu Mengandung, Janganlah Libatkan Dia Dalam Isu Itu” - Suami Mohon Henti Kecam Syura
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024