Pelakon cantik, Anzalna Nasir berhasrat untuk menjual kesemua lukisan hasil air tangannya kepada pembeli yang berminat.

Setiap wang hasil daripada penjualan karya-karyanya itu akan disalurkan ke badan kebajikan.

"Setakat ini sudah ada 10 keping lukisan yang saya sendiri hasilkan di rumah.

"Memang niat saya untuk menjual kesemua lukisan itu dan hasil jualan itu saya akan salurkan kepada badan kebajikan," katanya kepada Astro Gempak.

Anzalna memberitahu lukisan yang dihasilkan bergantung pada mood dan kelapangan waktu.

"Tidak ada tema yang khusus untuk setiap lukisan saya tetapi setiap satunya saya lukis dari hati.

"Tak sangka, selepas lebih 20 tahun meninggalkan dunia berus dan kanvas lukisan, saya masih boleh melukis," tambahnya.

Matlamat Anzalna untuk menghasilkan lebih banyak lukisan sepanjang bulan Ramadan untuk mengumpul lebih dana dan disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

Bagi platform pemasaran, Anzalna meminta bantuan bapanya untuk menjual lukisan-lukisan terbabit selain dirinya sendiri mempromosikan menerusi media sosial.

Dalam perkembangan lain, Anzalna bakal memulakan penggambaran drama bersiri selepas sambutan Aidilfitri dan bakal ke Paris, Perancis untuk menghadiri acara sebuah produk kecantikan.

Anzalna juga terbabit dengan bazar Yasss Raya di Quill City Mall, Kuala Lumpur dari 18 Mei hingga 12 Jun.

Sold to @syahirahayub94 . Alhamdulillah and thank you! She will be joining me for the charity. See you soon! #AnzalnaDaVincci #Charity

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Since I travel a lot, I decided to draw beautiful scenery of places I have travelled to. This is a painting of my recent trip to Phuket. Happy fasting everyone! ❤️ #AnzalnaDaVincci

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Kita suruh adik kita jadi model untuk kita berkarya tapi bila siap jadi gambar binatang. Alamak lupa pulak nak sign!!! hahahahahahhhahahaha #AnzalnaDaVincci #MyNewHobby

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

So guys, i have a new hobby! What do you think of my painting? ☺️ Kalau ada yang berminat, sis ok je nak jual! Hahahahhahahahahahahahhahahahhahahahahha #BalikJapanTerusJadiArtist #NantiKanVideoSisMelukis

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on




Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @anzalnanasir88