Laku Keras! 'Satay Bhalut' Mark Adam Berjaya Sold Out, Netizen Pula Tak Puas Hati - “Mahal Pun Habis, Kaya Orang Kita”
Penyanyi Mark Adam menzahirkan rasa syukur selepas perniagaan sate balut nya habis diijual.
Syukur soldout
Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah meraikan perkara tersebut bersama pekerjanya.
“Syukur alhamdulillah, tahniah team #SateBhalut, pergi balik dan berehat.
“Terima kasih juga kepada pelanggan saya,” tulis Mark menerusi hantaran tersebut.
@officialmarkadam 11pm 2january Syukur Alhamdulillah, taniah team #SatayBhalut ♬ Sad Violin - Oleg Kirilkov
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen pelbagai reaksi diberikan netizen.
Ada yang memuji usaha keras pelantun lagu Pencuri itu, ada juga yang masih mengkritik harga set sate tersebut.
“Terbaik kalau ikhlas rasa pun ok. Mahal macam mana pun boleh habis.
“Kaya betul orang kita.
“Biar lah org condemn Mark, percaya rezeki dari Allah SWT bukan manusia,manusia ni perantara ja,Allah yang gerak kan hati mereka,semangat!.
“Mahal pun soldout,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, kecoh mengenai harga sate balut Mark Adam berharga RM21.90 tiga cucuk beserta air yang dikatakan agak mahal.
Mark bagaimanapun tampil membuat permohonan maaf dan berkongsi kira-kira kos modal bagi sate tersebut.