Hiburan

Pemandu Lori Didenda RM4,000 Kerana Ugutan Jenayah Terhadap Baby Shima

gempak
Gempak
03/01/2025
07:16 MYT
Sponsor Banner
Pemandu Lori Didenda RM4,000 Kerana Ugutan Jenayah Terhadap Baby Shima
Seorang pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sibu, atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap penyanyi lagu 'Bujang Sarawak' Baby Shima pada 30 Disember lalu.

Tak sedar tindakan dilakukan, berada bawah pengaruh alkohol

Mel Maxpherson Munded, 35, yang mengaku bersalah di hadapan Majistret Oon Kork Chern, kemudiannya dijatuhi hukuman denda RM4,000 atau penjara dua bulan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam, dibenarkan bebas setelah membayar denda tersebut.

Ketika ditanya majistret mengapa tertuduh bertindak mengeluarkan kata-kata ugutan itu terhadap Baby Shima dalam media sosial, tertuduh memberitahu beliau tidak sedar dengan apa yang dilakukan kerana berada di bawah pengaruh alkohol.

Dalam rayuan, Mel merayu dikenakan hukuman ringan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya, selain telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Tertuduh dalam rayuan turut memberitahu dia perlu menjaga ibunya yang telah tua serta menyara keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Sheahnee Iman Lee Diganggu Sekumpulan Remaja Biadab Dalam KOC Wanita KTM - “Tegurannya Itu Telah Dibalas Dengan Kata Ugutan…”

ARTIKEL BERKAITAN:Ria Ricis Kena Ugut, Bayar RM87,000 Atau Foto & Video Aib Bersenam Di Gim Tersebar

ARTIKEL BERKAITAN:Zahiril Adzim Terima Ugutan Pukul & Santau - “Kalau Kacau Keluarga Memang Saya Cari!”

ARTIKEL BERKAITAN:Ugutan Bunuh, Naim Daniel Buat Laporan Polis Demi Keselamatan Keluarga & Beri Pengajaran

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Tuduh Nabila Huda Kaki Claim, Siap Ugut Culik Anak - “I’m Going To Kidnap Your Daughter If You Still Claim The Indonesian Culture”

Ugutan jenayah terhadap Baby Shima

Mengikut pertuduhan, Mel didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Baby Shima atau nama sebenar Nor Ashimah Ramli, dengan ugutan hendak membunuhnya pada 30 Disember 2024, jam lebih kurang 11 malam di lobi hotel di Jalan Lanang.
Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, ketika pengadu berada di lobi hotel, beliau telah terbaca komen daripada tertuduh yang berbunyi 'Lagi U Masuk Sarawak. Hati Hati Your Enemy M U Sudah. Jangan Pulang Melaya Dengan Mayat Saja. Take Care Baby Shima.'
Pada 31 Disember 2024, kira-kira jam 9.15 malam di Balai Polis Kota Sentosa, pihak polis telah menahan tertuduh untuk membantu siasatan.
Siasatan mendapati ketika kejadian, pengadu berada di lobi hotel dan datang ke Sibu kerana ada tugas di Sibu Jaya.
Pengadu dimaklumkan oleh pengurusnya berhubung komen berbau ugutan di media sosial milik pengadu. Komen tersebut telah membuat pengadu berasa takut dan tidak selamat ketika berada di Sibu.
Pendakwaan kes dilakukan oleh Pegawai Pendakwa ASP Siti Mariyah Dahari.
Sumber: Utusan Borneo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024