Pelakon Hafeez Mikail mengakui telah memberi yang terbaik dalam menghidupkan watak sebagai Adil dalam filem Busker.

Hafeez atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Muhammad Zaki, 25, berkata, dia harus menyanyi dalam filem Busker sedangkan pada asalnya di bukan seorang penyanyi.

"Saya telah memberikan apa yang termampu dalam filem ini dan saya sudah lakukan yang terbaik untuk hidupkan watak sebagai Adil.

"Seperti mana semua orang tahu saya dalam industri sebagai pelakon dan bukan seorang penyanyi ataupun ahli muzik.

"Apa yang saya tahu hanya main gitar untuk satu lagu sahaja ketika menghadiri ujibakat untuk watak Adil itu.

"Selepas beberapa bulan berlatih dan masuk kelas vokal bersama Monoloque baru saya tahu lebih lagi tentang muzik dan nyanyian.

"Tapi saya bersyukur kerana dapat lakokan watak ini dan sampaikan apa yang pergarah inginkan dalam filem ini," katanya kepada Astro Gempak.

Hafeez berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Filem Busker, di e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Selain Hafeez dan Dayan, filem Busker turut dibintangi oleh Anas Ridzuan, Bulan dan Mas Khan.

Filem arahan Syed Khairul Fariz ini bakal ditayangkan dipawagam bermula 11 Januari 2018.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi