Hiburan
Sudah Jumpa Penganti, Wajah Kekasih Baru Brooklyn Beckham Mirip Ibu?
Anak sulung lagenda bola sepak David Beckham, Brooklyn Beckham memperkenalkan kekasih barunya, Phoebe Torrance yang dikatakan mirip ibunya, Victoria Beckham.
Memetik laporan The Sun UK, Beckham, 20, baru sahaja menjalinkan hubungan dengan Torrance, 25, bulan lalu selepas beberapa kali dilihat keluar bersama.
Menerusi laporan itu juga, Beckham sering diusik oleh teman-temannya kerana wajah kekasihnya yang seakan-akan Victoria Beckham.
Menurut sumber juga, ada beberapa sudut wajah Torrance yang membuatkan dirinya saling tak tumpah seperti Posh Spice dan perkara itu agak menggangu.
Malah, Torrance turut mendedahkan sebelum memulakan kariernya sebagai pelakon, dia pernah menjadi Victoria ‘lookalike’ semasa bergelar model untuk membiaya yuran pengajiannya.
Terdahulu, Beckham dilaporkan sudah memutuskan ikatan cinta bersama seorang model Hana Cross sekitar dua bulan lalu.
Must-Watch Video