Penyanyi Marsha Milan Londoh mengakui sudah membuat pemeriksaan kesuburan bagi memastikan dirinya dalam keadaan sihat untuk menimang cahaya mata.
Kata Marsha, 34, pegawai perubatan yang memeriksa keadaan dirinya mengesahkan tiada sebarang masalah untuk dia mengandung.
"Baik saya mahu pun suami, kami tidak putus asa berusaha untuk mendapatkan zuriat.
"Malah, kami pun ada berjumpa doktor untuk mengetahui keadaan kami dan Alhamdulillah semuanya okey.
"Cuma mungkin belum masanya lagi untuk kami dikurniakan zuriat," kata Marsha ketika ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta jenama barang kemas De Lunaria di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Marsha dalam pada itu percaya rezekinya untuk memiliki zuriat dalam tempoh perkahwinan dua tahun ini sudah ditentukan Allah.
"Kalau awal-awal perkahwinan orang selalu bertanyakan kami tentang anak. Jadi stress!
"Tapi lama-kelamaan soalan itu sudah hilang dan saya percaya Allah mahu kami lebih mengenali satu sama lain sebelum adanya orang ketiga dalam hidup saya dan suami," tambahnya.
Marsha dan suami, Mohamed Shaiful Nizal Mohamed Ismail telah mendirikan rumah tangga pada 31 Disember 2015 selepas 10 tahun berkenalan.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @marshamilan
Amri Hassan
Wed Jan 17 2018


“Tiada Isteri Mahu Perkara Tak Baik Jadi Pada Suami…” - Aliff Aziz Tidak Akan Berlakon Lagi Dengan Sophia Albarakbah
Aliff akur permintaan Bella

“Tidak Semua Penyondol Itu Bersalah, Tidak Semua Yang Disondol Itu Bersalah” - Nasihat Fazley Yaakob
Datuk Fazley beri pendapat isu penyondol.

"Dia Penyayang, Penyabar Sama Macam Arwah" - Shuib
Watie ada ciri-ciri seperti arwah Siti Sarah.

Didakwa 'Sondol' Rumah Tangga Bella Astillah Dengan Aliff Aziz, Ini Respon Sophia Albarakbah
Semoga dapat selesaikan dengan cara baik...

Priyanka Chopra Dedah Wajah Anak Selepas 1 Tahun, Peminat: “Dia Ada DNA Nick Jonas!
Comel!

Tiga Rapper Hilang Secara Misteri Selepas Tak Jadi Buat Persembahan
Alamak...

Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Episod 7
Akim begitu gembira mendapat kerja dan berjanji akan berubah menjadi manusia yang lebih baik. #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Kisah Cinta Phoebe & Ejoi | Episod 7
Ejoi nak buat mixed tape lagu-lagu cinta. Ejoi cuba selidik citarasa lagu Phoebe melalui Laila. Tapi Ejoi tak berkesempatan nak bagi mixtape pada Phoebe. #KisahCintaPhoebeDanEjoi #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Memang Legend! Lepas Tawan Semenanjung & Singapura, Exists Konsert Di Sarawak Mei Ini
Tak sabar!

Sean Lee Dipaksa Nyanyi Lagu Trending Dekat Public! | Gempak Most Wanted EP19
This week kita memang tak kasi chance! Amelia senyum puas hati dekat rumah tengok Sean kena nyanyi lagu dekat public #GempakMostWanted #GempakMostWanted2022 #GempakMostWantedShow