Hiburan
Sudah Setahun Setengah Tak Jumpa Shahir - Erra Fazira
Pelakon dan penyanyi jelita Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 42, mendedahkan yang dia sudah lama tidak berjumpa dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Ahmad Shahir Zawawi, 27.
"Hampir setahun setengah saya tak berjumpa dengan Shahir. Kami hanya berhubung menerusi panggilan telefon dan berbalas mesej menerusi aplikasi Whatsapp," kata Erra kepada Astro Gempak.
Menafikan yang mereka bakal menjalinkan ikatan pertunangan, Erra menegaskan yang dia dan Shahir masih dalam fasa berkawan.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya dan Shahir masih dalam proses mengenali dan kami kini sedang berkawan.
"Tidak pernah timbul kenyataan daripada pihak saya atau pun Shahir yang mengatakan kami bakal bertunang.
"Kalau boleh, saya enggan memberikan komen lanjut mengenai hubungan kami. Doakan agar semuanya baik-baik sahaja," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran wangian jenamanya sendiri di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa.
Muncul dengan dua wangian iaitu Lovable dan Forget Me Not, Erra mengambil masa setahun untuk muncul dengan wangian sendiri.
"Saya hampir berputus asa kerana proses untuk menyiapkan wangian ini mengambil masa terlalu lama. Namun begitu, hasil sokongan rakan kolaborasi iaitu Hot Perfume dan Lenore, akhirnya wangian saya berjaya terhasil.
"Saya sendiri memilih bau kedua-dua wangian ini dan reka bentuk botol. Nama untuk wangian ini juga pilih kerana dekat dengan hati saya," katanya lagi.
Forget Me Not dijual dengan harga RM88 sebotol untuk 50 mililiter dan Lovable dijual dengan harga RM49.90 untuk 30 mililiter.
Kredit Foto: Instagram @bersamaerra @candid_momentsfilm
Must-Watch Video