HIBURAN
Khai Bahar Syukur Dapat Tunai Semua Permintaan Ibu - “Saya Tak Ralat Tapi…”
Penyanyi, Khai Bahar meluahkan rasa syukur apabila dia dapat menunaikan segala permintaan arwah ibunya, Rosnah Muhammad.
Meskipun perkara yang dilakukan itu sederhana namunpelantun lagu Gelagat Raya itu tetap gembira kerana dapat melakukannya ketika ibunya masih lagi ada.
“Alhamdulilah, semua benda saya dah buat dengan dia walaupun benda itu hanya sederhana. Banyak permintaan arwah saya dapat tunaikan jadi saya tak ada rasa ralat tapi sejujurnya saya rindu,” katanya.
Setahun pemergian arwah, Khai atau nama lengkapnya Muhammad Khairul Baharuddin akui sangat merindui momen bersama ibunya ketika menyambut syawal bersama.
Jelas Khai antara personal momen yang palin dirindui adalah perbualan bersama ibu selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri.
“Momen yang mungkin saya akan rindu bersama dengan arwah ibu adalah selepas pulang menunaikan solat Aidilfitri, kami akan ada masa untuk bersembang bersama.
“Masa itu sangat bermaknalah bagi saya sebab kami akan throwback apa yang jadi semua, itu personal momen saya bersama dengan ibu ketika raya,” tambahnya.
Sekadar info, Rosnah Muhammad telah meningal dunia dalam tidur pada usia 62 tahun di Kangar, Perlis pada 2 Januari 2024.
Allahyarham Rosnah dilapor menghidap pelbagai penyakit seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan hati.
Arwah mula menjalani rawatan dialisis sejak 2023 dan pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sesak nafas.
Khai juga pernah memaklumkan ibunya mengalami masalah daya ingatan sehingga tidak kenal diri sendiri setiap kali selesai menjalani rawatan dialisis.
Must-Watch Video