HIBURAN
“Anak Kena Layan Macam Kawan, Tapi Tidak Terlampau Bebas, Saya Garang” - Kak KM
Usahawan dan pempengaruh Kak KM tiada masalah untuk mengajak teman lelaki anaknya iaitu Riz yang merupakan kekasih anak gadisnya, Nabila datang ke rumah.
Menurut Kak KM atau pemilik nama Liana Rosli sementara masih berhubungan dia akan menghormati dan melayan pasangan anaknya seperti keluarganya sendiri.
“Saya tak kisah apa yang anak-anak apa yang membahagiakan kawan kalau jodoh kahwin kalau tiada cari orang lain.
“Sementara masih berkawan hormat pasangan dia, saya akan sayang walaupun mereka tak kahwin sebab macam dah anak-anak.
“Anak ini memang kena layan macam kawan tapi tidaklah terlampau bebas, saya memang garang. pasangan akan lepak kat rumah sebab saya rasa lebih selamat kalau kat luar tak nampak apa yang berlaku.
“Saya cakap ajak la datang berbuka sekali datang rumah tiada masalah,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, sebagai ibu Kak Km bagaimanapun sentiasa menasihati anak-anaknya supaya menjaga adab dan nama baiknya sebagai ibu.
“Saya cuma pesan kat anak saya kalau dah sporting begitu, jaga hati mama sebab orang kenal saya jadi dia kena jaga apa yang dia buat sebab bila jadi apa-apa orang akan cakap ini kak km. jadi jaga nama saya dan busukkan nama syaa.
“Selagi boleh jaga memang akan jaga elok-elok kalau nampak yang bukan-bukan saya akan tegur.
“Saya bukan jenis banyak cakap, kalau apa yang tak kena mata saya akan tegur jadi anak-anak semua akan terima,” katanya lagi.
Must-Watch Video