,
Laman Utama

Sudahlah Gagal Meragut Rantai Emas, Dibelasah Pula Bertubi-Tubi Dengan Handbag

Izwan Isa
16/05/2023
09:50 MYT
Siapa suruh meragut? Mungkin kenyataan itu tepat sekali boleh dilemparkan kepada seorang peragut yang berjaya ditangkap oleh orang awam semalam.
Tidak hanya itu, peragut berkenaan juga menerima aib apabila wanita berkenaan memukul dan menendangnya berkali-kali.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di Jalan Maxwell, Hentian Teksi Pekan Rawang, Selangor.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 10.32 pagi.

Ragut rantai emas

"Ketika kejadian, mangsa berusia 50-an yang berasal dari Rawang sedang berjalan dari kedai makan di Jalan Maxwell Rawang menuju ke keretanya yang diparkir di tepi jalan.
"Tiba-tiba sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR yang ditunggang oleh seorang lelaki memakai topi keledar dari arah belakang yang meragut rantai emas mangsa," katanya dalam kenyataan.
Zainal berkata, ketika suspek cuba melarikan diri, mangsa menjerit dan suaminya yang berada di hadapan berjaya menghalang suspek melarikan diri.
"Tindakan suami mangsa itu menyebabkan suspek terjatuh dari motosikal dan ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Mangsa mengalami cedera ringan di bahagian leher akibat kejadian itu dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang," katanya.

Rekod jenayah

Beliau berkata, semakan dilakukan mendapati suspek berusia 27 tahun berkenaan mempunyai 13 rekod jenayah berkaitan ragut dan samun.
"Malah, suspek berkenaan baru dibebaskan daripada tahanan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) pada Mac lalu.
"Suspek direman selama tujuh hari mulai hari ini hingga 21 Mei nanti selepas mendapat kebenaran daripada Mahkamah Majistret Selayang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompak," katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada individu terbabit dalam membantu memberkas suspek dalam kes berkenaan.
Sumber: Harian Metro & Twitter
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bintang Bola Sepak Terkenal Kantoi Bawa Pulang Perempuan Lain, Isteri Terdetik Nak Periksa Kamera Pada Loceng Pintu

gempak
26/08/2024
04:25 MYT
Bintang bola sepak terkenal Liga Perdana Enggeris dilaporkan telah diusir keluar oleh isterinya selepas kantoi mempunyai hubungan sulit melalui loceng pintu mereka.
Berita

Lelaki Kantoi Curang Tak Mengaku Pukul Isteri

gempak
25/06/2024
03:10 MYT
Lelaki yang videonya tular memukul isterinya selepas dikatakan kantoi curang di sebuah hotel dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa.
Hiburan

Kes Suami Kantoi Curang, Pukul Isteri Habis Pantang, Polis Buka Kertas Siasatan

gempak
20/06/2024
04:30 MYT
Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang suami dipercayai memukul isterinya selepas lelaki itu 'kantoi' curang di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
Viral

Kena Jirus Air Paip Gara-Gara Kantoi Skodeng Wanita Dalam Tandas Pusat Beli-Belah Di Batu Pahat

gempak
14/06/2024
21:55 MYT
Tindakan seorang lelaki cuba mengintai wanita di sebuah tandas sebuah membeli-belah mengundang padah apabila dia dicekup pengawal keselamatan, pada Khamis.
Viral

Dua Individu Kantoi ‘Berasmaradana’ Atas Jalan Raya? Netizen: “Tak Panas Ke?”

gempak
19/05/2024
01:55 MYT
Rakaman dua individu yang didakwa melakukan hubungan intim di atas jalan raya meraih pelbagai reaksi daripada wargamaya.