Hiburan
Sudahlah Ingkar Arahan PKP, Siap Buat Pesta Liar Lagi! Sekumpulan Remaja Ini Akhirnya...
Di saat ramai yang duduk di rumah mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekumpulan remaja mengambil langkah berani dengan mengadakan pesta liar.
Menerusi Harian Metro, 11 individu termasuk tiga wanita dipercayai terbabit dengan pesta liar sebuah rumah inap desa (homestay) di Masai, di Johor Bahru, kelmarin.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay , dalam kejadian 12.45 tengah malam itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menahan kesemua individu berusia 15 hingga 23 tahun.
Menurutnya, polis turut merampas dadah disyaki jenis ketamine kira-kira 2.08 gram dan kira-kira empat biji pil ekstasi.
"Hasil saringan air kencing mendapati 10 individu positif dadah jenis ketamine dan methamphetamine.
“Hasil semakan rekod mendapati, dua lelaki dan seorang wanita daripada jumlah itu mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dadah," katanya.
Tambah Ayob Khan, kesemua yang ditahan kini direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 16 April untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Must-Watch Video