Berita

Sudah-Sudahlah Berdegil…Rakyat Malaysia, Hargailah Pengorbanan Mereka!

gempak
Fiza Kamarudin
23/03/2020
04:16 MYT
Sponsor Banner
Sudah-Sudahlah Berdegil…Rakyat Malaysia, Hargailah Pengorbanan Mereka!
Walaupun setiap hari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyalurkan maklumat terkini mengenai COVID-19, masih ramai lagi yang tidak mengendahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bukan sahaja KKM malah kementerian lain turut memberi berbagai-bagai maklumat tentang betapa seriusnya COVID-19 di negara kita.
Namun agak menyedihkan apabila Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang mendedahkan tentang 3 juta rakyat masih ingkar arahan PKP sehingga hari ini. Jumaat lalu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu seramai 12 petugas dari KKM telah disahkan mengidap wabak COVID-19.
Pada Sabtu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pula mengesahkan enam anggotanya positif COVID-19 ketika bertugas di seluruh negara.
Angka kematian yang meningkat setiap hari sepatutnya membimbangkan kita semua, di mana letaknya nilai kemanusiaan dalam diri kalian? Tidakkah anda terfikir mengenai pengorbanan ‘barisan hadapan’ kita terutama petugas di bahagian kesihatan dan pertahanan negara yang sedang berjuang bermati-matian mengekang COVID-19?
Mereka tidak cukup rehat, makan dan tidur malah mempertaruhkan nyawa sendiri hanya untuk menyelamatkan kita semua… Cukup-cukuplah berdegil.
Mereka juga seperti kita mempunyai keluarga dan anak-anak di rumah. Fikirkan! Sama-samalah kita membantu meringankan beban ditanggung. Tak susah pun, patuhilah arahan PKP! #dudukrumah dan jangan keluar ke mana-mana jika tidak mempunyai urusan penting.
Ingat, cuti diberikan sepanjang PKP adalah usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19 bukan untuk anda bersuka ria, pulang ke kampung atau pergi bercuti.
Lihatlah pengorbanan mereka ini, kita #dudukrumah dan bantu mereka!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024