Hiburan
"Suka Bagi Netizen Buat Dosa Kering ..." - Izreen Azminda Belum Berpurdah
Pelakon Izreen Azminda menafikan dakwaan beberapa buah blog yang mengatakan dia kini sudah berpurdah.
Jelas Izreen, 35, foto memakai khimar yang dimuat naik di Instagram (IG) sekadar untuk perkongsian.
"Bila masa kami kata kami berpurdah ni. Ada ni ha sama ja macam dulu. Blog blog ni haish malaih cakap la.
"Sat gi tambah dosa kami ja. Suka bagi netizen buat dosa kering.
"Semalam tu kami nak kongsi dengan ampa ja khimar tu selesa. Kongsi benda baik tak salahkan ampa," tulisnya di Instagram (IG).
Menerusi entri memakai khimar, pelakon drama Kak Marr Raya itu menyatakan dia dalam proses berusaha untuk menjadi insan lebih baik.
"Post macam ni tak menunjukkan kami baik, tapi kami sentiasa berusaha untuk berubah ke arah dan jalan yang diredhaiNya. Insya-Allah.
"Kami masih sama takda perubahan apa-apa dari segi pakaian sebelum ni. Kami masih pakai mcm dulu lagi," tulisnya lagi.
Sebelum ini, pengacara Neelofa membuat keputusan untuk mengenakan niqab dan penampilan baharunya itu telah mendapat pujian ramai.
Must-Watch Video