Sukan Olimpik Paris: Presiden MOM Sasar Pingat Emas Untuk 5 Sukan Ini
Gempak
25/06/2024 05:37 MYT
25/06/2024 05:37 MYT
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria menyasarkan lima sukan ini akan menjadi sandaran negara untuk meraih pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik Paris 2024 bulan depan.
Lima sukan sasar emas
Menurutnya, lima sukan berkenaan ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan pelayaran, yang mempunyai reputasi besar dalam kejohanan peringkat antarabangsa.
"Atlet kita dalam sukan ini mempunyai prospek menyumbang pingat emas dalam temasya sukan terbesar dunia ini dan sudah tentu sasaran paling utama ialah pingat emas.
BERITA TRENDING: EURO 2024: Patah Hidung, Mbappe Disaran Pakai Topeng Ninja Turtle
BERITA TRENDING: Betul Ke Polis Jerman Galak Peminat Euro 2024 Hisap Ganja, Elak Minum Alkohol?
BERITA TRENDING: Perlawanan Tertunda 45 Minit, Lelaki Rantai Diri Di Tiang Gol! Papar Baju ‘Red Card For Israel’
"Tidak sama perasaannya jika seseorang itu mempunyai 10 pingat perak berbanding mempunyai hanya satu sahaja pingat emas, sudah pasti berbeza.
"Jadi, memang kita sepakat, emas mesti digenggam,” katanya dalam sidang media.
Mengulas lebih lanjut, Norza turut memaklumkan atlet juga sudah berusaha selama empat tahun untuk sampai ke tahap ini jadi mereka akan sedaya upaya berusaha untuk membawa pulang pingat.
"Kesemua atlet yang layak ke Sukan Olimpik bermaksud mereka juga ada peluang untuk mendapatkan pingat, malah mereka sudah berusaha empat tahun untuk sampai ke peringkat ini, jadi sudah tentu mereka akan cuba sedaya upaya serta bukan sekadar sebagai penumpang sahaja.
BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: David Beckham; Tentang Momen Terindah Predator, Sukan Kepada Fesyen & Momen Bersara!
BERITA TRENDING: adidas Lancar Predator 24! Ini Yang Menarik Tentang But Bola Kegemaran David Beckham
"Setiap mereka yang bergelar atlet pasti mengimpikan mereka mampu melayakkan diri ke Sukan Olimpik, jadi mereka sudah sampai ke tahap itu dan tugas kita sekarang adalah untuk berikan segala sokongan agar mereka dapat mempamerkan prestasi terbaik di Paris nanti,” katanya.
Bercakap mengenai pingat emas, sebuah filem biografi Astro Shaw, arahan Adrian Teh berjudul Gold bakal ditayangkan di layar perak pada 11 Julai 2024.
Gold bakal mengetengahkan kisah yang diinspirasikan daripada juara dunia enam kali sukan paralimpik badminton iaitu Cheah Liek Hou
Sebelum ini, Cheah mencipta sejarah bukan sahaja untuk Malaysia tetapi juga untuk para-badminton apabila menewaskan pencabar lama Dheva Anrimushti dalam acara perseorangan lelaki Paralimpik Tokyo SU5 (kecacatan bahagian atas badan) pada 2021 untuk menuntut emas para-badminton sulung di Paralimpik.
Gold menampilkan pelakon tempatan terkemuka seperti Jack Tan yang memegang watak Cheah, dan Farid Kamil sebagai jurulatih Cheah, Rashid Sidek untuk filem itu.
Untuk info, Adrian Teh menghasilkan beberapa filem box office seperti PASKAL: The Movie, WIRA dan Hungry Ghost Ritual.
Sumber: Stadium Astro
Sumber: Stadium Astro