Viral

Sultan Selangor Murka, Mahu Dua Penconteng Mural Ditangkap Segera!

gempak
Fiza Kamarudin
21/07/2020
11:58 MYT
Sponsor Banner
Sultan Selangor Murka, Mahu Dua Penconteng Mural Ditangkap Segera!
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab menconteng mural pemimpin-pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor.
Baginda berpandangan tindakan itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab disebabkan politik kebencian.
"Baginda berpandangan kejadian ini bukan dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian. "Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan," titah baginda.
Baginda turut menyifatkan contengan kata-kata kesat pada lukisan mural Yang di-Pertuan Agong, perdana menteri serta pemimpin lain sebagai biadab.
"Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di negeri Selangor. "Apatah lagi, baginda amat menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya," titah baginda lagi.
Semalam, rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang memaparkan dua individu sedang menconteng mural di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam tular di media sosial.
Set mural yang memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan beberapa yang lain telah dirosakkan dan diconteng dengan kata-kata kesat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live