Hiburan

Sumbat Kucing Bunting Dalam Mesin Dobi, Pekerja Kontrak Ini Dihukum Penjara & Didenda Sehingga...

gempak
Hanafis Haris
05/11/2019
11:06 MYT
Sponsor Banner
Sumbat Kucing Bunting Dalam Mesin Dobi, Pekerja Kontrak Ini Dihukum Penjara & Didenda Sehingga...
Gara-gara membunuh kucing yang sedang bunting dalam mesin pengering pakaian, seorang pekerja kontrak dihukum penjara 34 bulan.
Tidak cukup dengan itu, individu berkenaan turut didenda sebanyak RM40,000.
Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini.
Menerusi laporan Harian Metro, Hakim Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh selepas mendapati pihak pendakwan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.
Mahkamah memerintahkan hukuman bermula hari ini dan tambahan penjara empat bulan lagi jika gagal membayar denda itu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, kes kekejaman ini mendapat perhatian ramai apabila tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan kejam tiga individu yang membunuh kucing dipercayai bunting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin pengering berkenaan.
Difahamkan, kejadian berlaku di premis dobi diTaman Gombak Ria, Batu Caves, antara jam 12.54 tengah malam hingga 1 pagi, 11 September 2018.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan tersebut kemudian tersebar di media sosial dan menerima kecaman masyarakat sebelum Persatuan Haiwan Malaysia bertindak membuat laporan polis dan mereka ditahan pihak polis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024