Malaysia berkemungkin akan menerima satu lagi menara pencakar langit yang digelar sebagai Menara Kampung Baru.

Bakal dibangunkan di kawasan Kampung Baru itu sendiri, menara tersebut dijangka dibina dengan ketinggian 430 meter membabitkan 93 tingkat.

Rekaan tersebut telah pun didedahkan oleh Bernama semalam menerusi satu infografik.

Apa yang menariknya, rekaan menara ini diinspirasikan daripada lipatan serta sudut geometri pakaian tradisional, sampin.

Tidak cukup dengan itu, ia turut menyuntik elemen tengkolok dalam rekaan menara tersebut.

Menerusi infografik tersebut juga, Menara Kampung Baru bakal menjadi menara ketiga tertinggi melepasi ketinggian Menara Kuala Lumpur yang hanya sekadar 420 meter.

Sebagai perbandingan Menara Exchange 106 menjadi menara tertinggi Malaysia setakat ini dengan ketinggian 492 meter diikuti Menara Berkembar Petronas 452 meter.

Jika dilihat pada rekaan dan ketinggiannya pasti anda berbangga bukan?
Namun perancangan ini nampak gayanya tidak mendapat persetujuan ramai khususnya di Twitter.

Rata-rata netizen mahukan kawasan Kampung Baru dijaga tanpa pembangunan.

Kebanyakan mereka mahu Kampung Baru dijaga dan seperti mana Kampung Morten di Melaka diperlihara.

Anda boleh lihat antara reaksi dan lontaran pendapat mereka di bawah.