Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

The Super Series GT4: Peter Hacket, Hayden Haikal Bangkit Raih Kemenangan Di Litar Sepang

Gempak
16/08/2024 09:55 MYT
Pelumba Malaysia Racing Aurora, Peter Hackett bersama pelumba sensasi Malaysia, Hayden Haikal, berjaya melakar kemenangan dalam perlumbaan TSS The Super Series GT4, di Litar Antarabangsa Sepang.

Berjaya Rapatkan Jurang

Peter Hacket terlebih dahulu memandu selama 25 minit sebelum diserahkan kepada Hayden yang berjaya merapatkan jurang dengan strategi yang baik ketika memandu Mercedes-AMG GT4 dalam tempoh perlumbaan satu jam itu.

Untuk rekod, pasukan itu berjaya memenangi perlumbaan sulung mereka ketika kejuaraan pusingan pertama di Litar Buriram, Thailand pada 4 Mei lalu.

BERITA TRENDING:Jurulatih Beasley Yakin Datuk Azizulhasni Awang Mampu Kayuh Basikal Di Olimpik LA 2028 - “Saya Mahu Lihat Beliau Terus Mencintai Sukan Ini”

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: “Pasukan Harap Saya Boleh Reconsider...” - Datuk Azizulhasni Awang Tak Jadi Bersara?

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Betul Ke Datuk Azizulhasni Awang Tak Jadi Bersara?

BERITA TRENDING: "Adakah Ini Balasan Kerana Saya Langgar Janji Kepada Keluarga?"- Azizulhasni Awang

Dalam pada itu, Ketua Pasukan Malaysia Racing Aurora, Sanjay Pattis, mengucapkan terima kasih kepada pasukannya selepas memberika aksi yang luar biasa untuk meraih kemenangan kedua pada musim ini.

"Kemenangan ini adalah bukti dedikasi yang tidak berbelah bahagi dan tanpa jemu dengan usaha semua orang yang terlibat dalam pasukan kami.

"Ia benar-benar satu pencapaian yang luar biasa memandangkan kami masih dalam pembentukan baru-baru ini." katanya.

Sumber: Stadium Astro
#Sepang #Hayden Haikal #Peter Hacket #The Super Series GT4
;