,
Sukan

Jurulatih Beasley Yakin Datuk Azizulhasni Awang Mampu Kayuh Basikal Di Olimpik LA 2028 - “Saya Mahu Lihat Beliau Terus Mencintai Sukan Ini”

Gempak
15/08/2024
09:25 MYT
Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley berharap supaya semua pihak menghormati apa sahaja keputusan Datuk Azizulhasni Awang yang kini berada dalam dilema persaraannya.
Biarpun mengakui Azizulhasni masih berupaya dari sudut fizikal dan mentaliti untuk ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28), Beasley berharap supaya anak didiknya itu diberikan ruang memenuhi impiannya termasuk menikmati perlumbaan keirin di Jepun.
"Secara fizikal, mentalitinya Azizulhasni mampu (ke LA2028) namun harus diingat beliau sudah memikul tanggungjawab negara selama 19 tahun. Semua orang harus memikirkan mengenai aspek ini dan biarkan beliau menikmati perlumbaan (lain) buat seketika.

"Beliau tidak pernah dapat menikmati perlumbaan sejak 10 tahun kebelakangan ini kerana sering berada di bawah tekanan begitu tinggi. Beliau tidak pernah berpeluang ke (siri) perlumbaan keirin di Jepun dan itu adalah (antara) hasratnya.

"Untuk itu, saya menyokongnya. Saya hanya mahu melihat beliau terus mencintai sukan ini dan selepas itu membantu membangunkan sukan di Malaysia," kata Beasley.
Terdahulu, Azizulhasni yang disandarkan harapan untuk menamatkan penantian emas negara di Paris 2024 ditimpa nasib malang selepas disingkirkan seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Velodrom Saint Quentin, Sabtu lalu.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: “Pasukan Harap Saya Boleh Reconsider...” - Datuk Azizulhasni Awang Tak Jadi Bersara?

BERITA TRENDING: "Adakah Ini Balasan Kerana Saya Langgar Janji Kepada Keluarga?"- Azizulhasni Awang

BERITA TRENDING: "Kita Hidup Untuk Sukan, Untuk Negara... Keluarga Pun Nombor Dua" - Azizulhasni Awang

BERITA TRENDING: Pingat Gangsa Olimpik Paris 2024 Bernilai RM57.81

Penyertaan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 dibatalkan selepas didapati memotong derny (basikal elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek sekali gus memaksa perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni.
Beliau yang mengumumkan perlumbaan di Paris itu adalah kayuhan terakhirnya sebelum bersara bagaimanapun memberi bayangan sedia mempertimbangkan semula keputusan itu sejurus tiba di tanah air, Selasa lalu.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pihaknya sama sekali tidak akan meletakkan paksaan dalam perancangan perjalanan karier Azizulhasni.
Begitupun, Amarjit berharap pemenang perak di Tokyo 2020 dan gangsa di Rio 2016 itu dapat mempertimbangkan paling tidak untuk menyertai Kejohanan Trek Dunia yang dijadual berlangsung pada Oktober nanti di Denmark.
"Saya (dapat) rasakan 'api' dalam dirinya masih membara. Beliau tak dapat menunjukkannya (di Paris 2024), saya sangat berharap beliau akan mempertimbangkannya atau menyertai kejohanan dunia pada Oktober nanti.
"Apapun, segala keputusan akan dibuat secara bersama dengan pasukannya," kata Amarjit.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

"Saya Tak Nampak Diri Saya Akan Ke LA 2028 Sebagai Atlet" - Azizulhasni Awang

gempak
09/09/2024
06:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).
Sukan

Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja

gempak
05/09/2024
20:55 MYT
Atlet marathon yang baru menyertai temasya Olimpik Paris 2024 dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dan lecur parah akibat dibakar bekas kekasihnya.
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Mix Fm Siap Hantar Atlet Ke Airport, Netizen Ucap All The Best - “Go For Gold! Good Luck Malaysiaku”

gempak
23/08/2024
07:55 MYT
Sukan Paralimpik Paris 2024 bakal membuka tirainya pada 29 Ogos ini.
Sukan

Zii Jia Terima RM250,000, Aaron-Wooi Yik Dapat RM100,000 Seorang

gempak
22/08/2024
13:25 MYT
Durian runtuh buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila bakal menerima insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) berjumlah RM200,000.