Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akui keputusan pembatalan dalam saingan pertama acara keirin lelaki pada Sukan Olimpik Paris adalah bukan suatu pengakhiran yang dia inginkan.
Dalam masa sama, Azizulhasni yang turut dipanggil The Pocket Rocketman menyatakan keputusannya tentang persaraan dalam sukan berbasikal trek.
Menurut Datuk Azizulhasni, dia perlukan masa untuk bersama keluarga dan tenangkan fikiran kerana baginya apa yang berlaku memang sesuatu perkara luar biasa dalam kerjayanya.
Tonton video penuh di gempak.com