Kumpulan vokal wanita tempatan yang kian menempa nama, Dolla terus mengorak langkah dalam industri muzik tempatan dengan pengenalan lagu terbaharu mereka yang berjudul Bad.
Karya yang diterbitkan oleh pemuzik Sweden, Ludwig Lindell serta Karl-Oskar 'Cage' ini juga ditulis dan dicipta dalam Bahasa Malaysia serta Inggeris oleh Ludwig Lindell, Karl-Oskar 'Cage', Gummesson, dan bintang hip hop tempatan, Yonnyboii.
Selepas satu jam dilancarkan, Bad berjaya meraih 100,000 tontonan di YouTube dan juga berjaya menduduki tangga pertama dalam ‘trending’ di YouTube 24jam selepas Tayangan Perdana.
"Seperti lagu-lagu Dolla sebelum ini, Bad juga mempertaruhkan tema pemerkasaan wanita. Ada yang mungkin akan menganggapnya sebagai lagu patah hati selepas tidak dilayan dengan baik oleh pasangan masing-masing dan ada juga yang mungkin menujukan lagu ini pada pasangan atau teman yang tidak pernah memberikan sokongan positif malah meragui diri masing-masing.
"Terdapat bait lirik lagu ini yang berbunyi You never met a woman just like me, you’ll see, kau takkan pernah agak, yang boleh diinterpretasikan dengan pelbagai cara," kata Syasya mewakili kumpulannya.
Walaubagaimanapun, intinya Bad berkisar seseorang yang telah dikecewakan berkali-kali dan akhirnya tidak mahu lagi menerima kepahitan itu hingga memilih untuk menyerlahkan sisi gelap mereka yang berbeza.
"Secara peribadi saya rasa Bad merupakan titik perubahan buat Dolla. Jika lagu kami sebelum ini menunjukkan sisi kami yang lebih lembut, Bad pula mencerminkan Dolla yang sudah matang dan siap untuk menghadapi dunia," tambah Syasya lagi.
Seperti karya-karya mereka sebelum ini, Bad juga menampilkan sebuah video muzik yang hebat.
"Walaupun memakan masa dua hari untuk disiapkan, ia satu usaha yang berbaloi. Dengan seni tari hebat bersama para penari kami serta banyak tangkapan visual yang menarik, video ini benar-benar menunjukkan tenaga positif yang dihasilkan sepanjang penggambaran," kata Sabronzo.
Selain pengorbanan waktu yang diperlukan untuk rakaman video muzik, Bad juga ada cabaran lain buat Dolla.
"Kami terpaksa melakukan banyak sesi Latihan untuk mendapatkan keseimbangan vokal dan tarian. Nasib baik Cikgu Shafi dan Ezra Kong banyak membantu untuk menonjolkan yang terbaik dari kami. Malah, kami agak bangga dengan hasil selepas memberikan sedaya-upaya kami," ujar Tabby pula.
"Saya harap semua orang akan menyukai kemunculan lagu ini setelah kami berehat seketika. Kami sudah mempersiapkan lagu ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. Setelah penat berusaha, kami harap para peminat akan menyukai persona terbaharu Dolla ini," tutup Angel tentang karya ini.
Bad sudah tersedia di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 11 Februari 2022 sementara video muzik rasminya akan dilancarkan pada hari yang sama jam 9 malam di saluran YouTube Vevo Dolla.
Sehingga artikel ini ditulis, MV Bad Dolla telah mengumpul lebih 800,000 tontonan dan 35,000 komen di YouTube. Syabas Dolla!
Amri Hassan
Mon Feb 14 2022
Lagi Pendedahan! Kali Ini Sarah Yasmine Kongsi Rakaman Suara Lelaki Didakwa Caprice?
Panas! Lagi pendedahan Sarah.
Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"
Pelakon Chacha Maembong pula tampil menafikan dirinya terbabit dalam kemelut membabitkan Ruhanies, Aliff Aziz dan Bella Astillah seperti dalam paparan skrin perbualan WhatsApp yang tular sejak malam Rabu.
Filem SHERIFF Dengan Kutipan RM100 Juta? Zul Ariffin Buka Rahsia Hampir… | GMW Highlights
Siapa dah tengok filem SHERIFF? Kalau belum, korang memang rugi sebab filem ni memang terbaik! Dengar apa yang Zul share ni!
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
The Hardest Singing Show Bakal Cabar Kreativiti ‘Shownmanship’ Peserta!
Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, 'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”
Emma akui kesilapannya.
Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?
Sekali lagi wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Viral Di TikTok, Hazrat Muaz Disambar Jadi Pelakon & Pengacara! - "Mulanya Saya Buat Suka-Suka Je"
Hazrat Muaz terima tawaran berlakon dan mengacara.
Nadeera Lantunkan Lagu 'Udara', OST Drama Bersiri Framed Lakonan Meerqeen & Mimi Lana
Juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini tampil dengan single terbaharu berjudul Udara yang menjadi runut bunyi drama bersiri Framed, lakonan hebat Meerqeen dan Mimi Lana.
“Kalau Ada Jodoh Dengan Zul Ariffin Ada, Kalau Tiada Maka Tidak Ada” - Gayatri
Penerbit filem terkemuka tanah air, Gayatri Su-Lin Pillai masih tidak mengesahkan khabar angin bahawa dia adalah wanita yang disebut-sebut bakal menjadi isteri aktor popular, Zul Ariffin. Ketika ditemui Gempak, Gayatri masih merahsiakan status sebenar hubungannya bersama Zul. Menurut Gayatri, dirinya lebih selesa untuk berdiam diri dan berpegan
Tak Sangka Jadi Viral Hiburkan Geng Traffic Jammed, Aishah Terkejut - “Siap Ada Yang Pusing Balik Nak Tengok”
Siap ada yang pusing balik tau.