Sebuah drama bersiri di bawah Gempak Original Series, Ex Aku Pontianak telah menemui penonton dengan episod keenam pada malam ini.
Drama bergenre komedi seram ini menampilkan barisan pelakon seperti Ikmal Amry, Elizabeth Tan dan Raysha Rizrose, Alicia Amin, Maya Hanum Fikhree Bakar, Nabil Zakaria dan Arwan.
Bukan itu sahaja, drama ini juga diserikan dengan pelakon handalan seperti Fatimah Abu Bakar dan Datuk Malek Noor serta penampilan nama-nama besar selaku cameo seperti Amber Chia dan pelumba negara Alex Yoong.
Dalam episod kali ini, pemburu pontianak Suraya bertungkus-lumus mencari azimat Bella bagi menghapuskan pontianak tersebut.
Fifi dan Jay pula cuba memujuk sahabat baik mereka itu untuk berubah ke arah kebaikan tetapi tak dilayan.
Suraya dan Malik akhirnya pecah masuk rumah Bella dan menjumpai sebuah peti besi. Apakah yang berada di dalam peti besi tersebut?
Diilhamkan oleh Anwar Hadi, drama terbitan syarikat produksi Red Comm ini Shamyl Othman selaku sutradara dan sokongan panel penulis skrip yang terdiri daripada Sharmaine Othman, Suzanne Ong dan Akmal Nahar.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Ex Aku Pontianak pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 19 Januari 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).
Ia turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Azwa Rahman
Tue Mar 08 2022


“Bakal Dikecam, Dihina, Dimaki Tapi…”- Iqram Dinzly Berlakon Jadi Suami Yang…
Jahat sangat ke Iqram Dinzly?

Karaoke Superstar Minggu 5 - Highlight & Komen Juri
Layan teruk weh Karaoke Superstar Minggu 5! Korang enjoy tak layan? Kalau nak tengok lebih lagi...dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99/bln dan nikmati 60 HARI PERCUMA bila anda daftar secara online di astro.com.my #KaraokeSuperstar #astrogempak

“Tak Mintak Free. Tak Mintak Diskaun Pun. Class Act” - Pemilik Restoran Di London Puji Siti Bantu Promosi Kedai Secara Percuma
Memang ada kelas!

Ramai Teruja Aliff Aziz Kembali Berlakon! Comeback Dalam Jodohku Babysitter Dengan Intan Najuwa - "Tak Sabar Tunggu"
Jodohku Babysitter gandingkan Aliff Aziz dan Intan Najuwa!

Aiman Hakim 'Tertekan' Jadi Park Seo Joon Versi Malaysia - "Saya 'Diharamkan' Tengok She Was Pretty Versi Asal"
Aiman Hakim bintangi She Was Pretty versi Malaysia.

Dedah 2 Kali Terima Jemputan Haji, Alif Satar Gembira Ibu Bapa Terima Panggilan Dahulu
Alhamdulilah...

Mahkamah Kekalkan Ira Kazar Tak Boleh Ganggu Puteri Sarah
Keputusan terkini mahkamah

"Kita Takkan Biar Perlakuan Tak Senonoh ..." - JHEAT Siasat Video Pelanggan Peluk Wanita
Kedai viral di Terengganu dalam pemantauan..
.jpg?ext=.jpg)
Dahlah Disaman Bekas Pengurus RM13 Juta, Ricky Martin Didakwa Pula Lakukan Keganasan Domestik?
Dua masalah datang serentak!

"Moga Dapat Haji Mabrur, Istiqamah Bertudung & Tutup Aurat" - Netizen Panjat Doa Buat Nelydia Senrose
Semoga dipermudahkan.