,
Hiburan

Survival Seorang Wanita Hamil...'Perempuan Gentayangan: Day 3' Bakal Buat Anda Tak Senang Duduk!

Hanafis Haris
31/10/2019
10:32 MYT
Bayangkan jika anda adalah seorang wanita yang sarat hamil sembilan bulan terpaksa bertarung nyawa menyelamatkan diri daripada serangan zombie.
Pasti sukar bukan?
Namun, itulah yang berlaku menerusi filem bertajuk Perempuan Gentayangan: Day 3.
Berdurasi 45 minit, filem ini pastinya membuatkan penonton tak senang duduk!
Untuk makluman anda, filem bergenre seram dan suspen ini mengisarkan tentang seorang wanita dikenali sebagai Asmara yang sedang mengandung sembilan bulan dan akan bersalin tidak lama lagi.
Keadaan kemudian menjadi cemas apabila Indonesia dilanda satu wabak hingga menyebabkan manusia bertukar menjadi zombie.
Tambah mencemaskan apabila satu daripada zombie ini berjaya memasuki kawasan perumahan didiami Asmara.
Persoalannya adakah Asmara dapat mengharungi segala kekecohan ini? Sempat atau tidak untuk dia melahirkan anaknya? Anda kenalah tonton filem ini!
Untuk rekod, cerita seram Indonesia ini merupakan naskhah Boo Original yang dibintangi Salvita Decorte, Khiva Iskak dan Otig Pakis.
Filem ini diarahkan oleh Sigi Wimala dan diterbitkan oleh John Badalu dan Mandy Marahimin.
Bagi anda yang ingin saksikan Perempuan Gentayangan: Day 3, filem ini akan ditayangkan Astro BOO Saluran 404, jam 10.30 malam, hari ini (Khamis).
Anda juga boleh saksikannya bila-bila masa secara On Demand dan aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding ‘Gemuk’ - “Nak Cakap Balik Dekat Orang Yang…”

gempak
13/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada orang menegur bentuk badannya kelihatan semakin berisi disebabkan mengandung.
Hollywood

Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat

gempak
11/09/2024
13:45 MYT
Baru diumumkan sebagai bilionair termuda Amerika Syarikat dengan aset bernilai RM5.7 bilion, Selena Gomez nampaknya mengejar sesuatu yang lebih ‘besar’.
Hiburan

“Jangan Sentuh Perut Tanpa Kebenaran” - Tyra Kamaruzzaman Kurang Selesa, Ada Individu Suka Hati Datang Pegang Baby Bump

gempak
04/09/2024
07:25 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman akui kurang selesa dengan tindakan segelintir orang awam yang sesuka hati memegang perutnya di tempat awam.
Hiburan

“Alhamdulillah” - Teka-Teki Terjawab, Syasya Rizal Akhirnya Dedah Bakal Jadi Ibu

gempak
03/09/2024
13:12 MYT
Teka-teki netizen akhirnya terjawab selepas penyanyi yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya mengesahkan dirinya kini hamil.
Hiburan

Dituduh Mandul & Diganggu Semasa Proses IVF, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Keluarkan Bukti - “Aku Bukan Tak Boleh Bagi Waris..”

gempak
02/09/2024
06:55 MYT
Tidak tahan dituduh mandul oleh segelintir pihak, isteri pertama Abang Tesla, Nurmajdina Jamari tampil memuatnaik bahan bukti.