Laman Utama

Survive Dengan Duit Simpanan, Shiha; "Kami Ni Kalau Tak Bekerja Tiada Duit Masuk, Tapi Mujurlah ..."

gempak
Asraf Aided
20/07/2021
12:01 MYT
Sponsor Banner
Survive Dengan Duit Simpanan, Shiha; "Kami Ni Kalau Tak Bekerja Tiada Duit Masuk, Tapi Mujurlah ..."
Penyanyi berbakat, Shiha Zikir gembira dapat meluangkan lebih masa bersama ibu tercinta di rumah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini.
Menurut penyanyi lagu AEWO ini juga, dia bersyukur kerana tabiat menyimpan wang yang diamalkan selama ini memberi manfaat kepadanya ketika anak seni masih tidak dapat meneruskan pekerjaan seperti biasa.
"Alhamdulillah, dapat juga saya luangkan masa bersama ibu tercinta, memasak dan lakukan perkara yang tidak sempat dibuat sebelum ini kerana sibuk bekerja.
"Saya gembira dapat merasa peluang ini, dari segi pendapatan anak seni ketika ini, tidak dinafikan kami memang terkesan kerana pendapatan memang bergantung kepada kerja, tiada gaji tetap, kalau tak keluar bekerja tiadalah duit masuk.
"Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana saya memang suka menyimpan wang sejak dulu lagi, saya sentiasa beringat untuk persediaan waktu sukar.
"Sudah lama saya amalkan membuat simpanan daripada undangan persembahan dan sebagainya, selama ini saya sedar, saya perlu ada disiplin untuk melakukannya, memang pada mulanya susah, tapi perlu dilakukan juga.
"Alhamdulillah, keadaan saya setakat ini masih baik sahaja, tapi kita tak tahu juga bagaimana nasib akan datang," katanya kepada Gempak.
Tambah Shiha, melihat keadaan segelintir artis yang kurang bernasib baik disebabkan pandemik COVID-19 membuatkan dia lebih sedar akan kepentingan membuat simpanan berterusan.
"Melihat keadaan segelintir artis yang kurang bernasib baik disebabkan pandemik ini membuatkan saya lebih sedar dan lebih bersemangat untuk terus menyimpan wang.
"Bagi saya, wang yang disimpan bukanlah untuk diri kita sendiri sahaja, tapi kita boleh membantu orang lain yang memerlukan bantuan pada waktu sukar.
"Dari situ kita dapat merasa kepuasan membantu orang, apapun kita harus beringat, bukan sahaja anak seni tetapi semua orang, jika ada pendapatan, nak tak nak kita kena amalkan menyimpan wang," katanya menutup bicara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live