Berita
Suspek Kes Pembunuhan 3 Sekeluarga Ditahan Akan Direman Pagi Ini
Selepas hampir seminggu diburu, suspek kes bunuh dan bakar rumah yang meragut nyawa tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor, Jumaat lalu, berjaya ditahan polis.
Suspek berusia 48 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Muar, pagi ini, untuk permohonan reman.
Lelaki yang masih bujang itu antara individu yang dikehendaki polis susulan kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa yang terkorban ialah warga emas, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82: isterinya, Ara Abd Hamid, 76: dan cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11.
Noradriana selamat dikebumikan pada Sabtu lalu, manakala jenazah datuk dan neneknya masih di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas kedua-dua rentung hampir 100 peratus.
BERITA TRENDING: Dedah Perangai Isteri Shuk Sahar, Rakan Dakwa Pernah Jadi Saksi Pergaduhan - “Tahap Marah Dia Itu Sampai…”
BERITA TRENDING: Dituduh Ganggu Rumah Tangga Orang, Ini Respons Zara Zya!
BERITA TRENDING: Kehidupan Liana Beep Beep Terganggu Sebab Isu Syedot Asmr, Anggap Komen Netizen Seperti Pisau Tajam - “Perkataan Lucah, Maki-Makian…”
BERITA TRENDING: Penyewa ‘Naik Hantu’ Kucing Oyen Peliharaan Disembelih, Dimakan Tuan Rumah Untuk Ubati Diabetes!
Siasatan polis pada awalnya sebagai kes mati mengejut, namun kemudiannya diklasifikasikan kes bunuh.
Ia susulan laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga jenazah terbabit yang didapati ada unsur jenayah.
Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302, Seksyen 436 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.
"Suspek ditahan akan dibawa ke mahkamah untuk perintah reman hari ini," katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan media berhubung penangkapan suspek dalam masa terdekat.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video