Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Suspek Penculik Albertine Sambung Reman Enam Hari Lagi

Ainun
29/07/2024 04:25 MYT
Tempoh reman terhadap seorang suspek kes culik kanak-kanak, Albertine Leo Jia Hui, 6, disambung enam hari lagi.

Perintah sambung reman itu dibenarkan oleh Majistret Noorfazlin Hamdan selepas membenarkan permohonan dibuat pegawai penyiasat kes.

Tempoh Reman Berkuat Kuasa Esok

Menurut Majistret, tempoh reman berkenaan berkuat kuasa esok hingga Ahad ini bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas lelaki itu dijalankan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak -kanak 2017.

Terdahulu, suspek lelaki berusia 31 tahun itu tiba di mahkamah jam 8.50 pagi dengan berpakaian lokap warna ungu, bergari dengan beberapa suspek kes lain.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar dalam kenyataan media, mengesahkan pihaknya akan memohon sambungan reman selama tujuh hari terhadap suspek terbabit.

BERITA TRENDING:Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Tertuduh Belum Bersedia Tampil

​BERITA TRENDING:Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

​BERITA TRENDING:"Saya Tidak Lagi Mewakili Ismanira" - Peguam Ibu Zayn Rayyan

​BERITA TRENDING:Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Tiba Di Mahkamah

Lelaki itu adalah suspek kelima yang ditahan bagi membantu siasatan kes penculikan Albertine Leo yang berlaku di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, pada 20 Julai lalu.

Suspek itu ditahan kira-kira jam 4.45 pagi pada 23 Julai lalu di sebuah hotel murah dekat Batang Kali, Selangor, ketika polis menyelamatkan kanak-kanak perempuan terbabit di lokasi berkenaan.

Suspek kemudian ditahan reman selama tujuh hari dan tamat hari ini.

Empat suspek lain berusia 28 hingga 55 tahun yang ditahan sebelum ini direman empat hari sehingga Jumaat lalu, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan tempoh reman terhadap mereka tidak disambung.

#Berita #Jenayah #Culik #Reman #Jia Hui